Utusan Borneo (Sabah)

Galak pelabur Amerika di Sabah

-

KOTA KINABALU: Lebih ramai pelabur dari Amerika Syarikat akan diberikan pendedahan mengenai peluang pelaburan di Sabah.

Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdir berkata sesuai dengan keadaan dan pembanguna­n di Sabah, pendedahan akan diberikan kepada syarikat dari Amerika.

Katanya Amerika mempunyai hubungan baik dengan negara ini dalam pelbagai aspek seperti ekonomi, pelanconga­n dan perhutanan.

“Hubungan baik ini kami harap dapat dikekalkan dan dipertingk­atkan lagi agar kerjasama antara dua negara dapat diperkukuh­kan.

“Bagi sektor ekonomi, pihak kami akan menjelaska­n kepada syarikat-syarikat sedia ada dan juga yang berminat melabur, tentang peluang pelaburan yang terdapat di Sabah.

“Setakat ini, beberapa syarikat sudah terlibat dalam beberapa sektor di sini seperti dalam sektor minyak dan gas,” katanya ketika ditemui selepas membuatkun­jungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah pada Khamis.

Beliau yang hadir bersama rombongan berkata, kunjungan itu bertujuan menyampaik­an ucapan tahniah atas kemenangan kerajaan memerintah yang baharu serta membincang­kan mengenai kerjasama yang diinginkan.

Dalam pada itu, Kamala menzahirka­n keterbukaa­n Amerika dalam kerjasama meningkatk­an perlindung­an hidupan liar, pendidikan dan keselamata­n di Sabah.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Christina Liew yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

 ??  ?? KAMALA (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Shafie (kanan).
KAMALA (kiri) menerima cenderaken­angan daripada Shafie (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia