Utusan Borneo (Sabah)

M’SIA, INDONESIA SEPAKAT

Tangani kempen Eropah burukkan industri minyak sawit

-

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia pada Jumaat, sepakat untuk menangkis kempen negatif Eropah berhubung industri minyak sawit.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata sebagai dua pengeluar utama komoditi itu, Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasam­a melawan kempen yang dijalankan Eropah memburukka­n industri negara.

“Eksport minyak sawit kini diancam oleh Eropah dan kita perlu bersama melawan hujah mereka kononnya banyak hutan ditebang yang memberi kesan besar kepada cuaca dan alam sekitar,” katanya pada sidang media bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo, di Istana Presiden Bogor, di sini.

Dr Mahathir berkata, tentangan Eropah itu dilihat lebih berkaitan ekonomi dan bukannya kesan alam sekitar akibat penerokaan tanah untuk tanaman sawit.

Beliau berkata, jika berkaitan alam sekitar, negara Eropah yang sebenarnya tidak lagi mempunyai kawasan yang dilitupi hutan kerana hampir semuanya sudah ditebang.

“Apabila kita perlukan kawasan penanaman sawit yang lebih besar, mereka menentangn­ya,” katanya.

Sementara itu, Jokowi meminta kerajaan Malaysia menimbangk­an permintaan Indonesia menyediaka­n sekolah untuk anak pekerja dari negara itu di Semenanjun­g Malaysia serta di Sabah dan Sarawak.

Beliau juga menyentuh keperluan mengadakan kerjasama erat dalam menangani isu berkaitan sempadan dan pengeluara­n kereta bersama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia