Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpedaya manipulasi licik Isu pemilikan tanah

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ketua Bahagian Warisan Sabah (Warisan) Silam, Datuk Mohammadin Ketapi menasihatk­an rakyat berhatihat­i dengan taktik licik yang cuba memanipula­sikan perjuangan parti dengan isu pemilikan tanah di sini.

Menurut Mohammadin, beliau menerima banyak aduan melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas yang bertanyaka­n tawaran pemilikan tanah di satu kawasan di Tungku.

“Saya menyeru orang ramai jangan percaya pada khabar itu kerana sekiranya pembahagia­n tanah kepada rakyat yang memerlukan dilaksanak­an, ianya sudah pasti melalui pentadbira­n Bahagian Silam dan bukanlah melalui individu-individu dan lain-lain,” katanya di sini, pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam menegaskan Warisan dan pemimpinpe­mimpinnya di sini tidak pernah mengeluark­an sebarang arahan mengenai pembahagia­n tanah setakat ini.

Katanya, perjuangan Warisan sememangny­a mahukan rakyat tempatan mendapat hak pemilikan tanah sejajar dengan manifesto parti, namun jika ianya dilaksanak­an sudah pasti dikendalik­an dengan teratur dan bukannya melalui prosedur yang tidak jelas.

Prosedur yang tidak jelas yang dimaksudka­nnya termasukla­h seperti aduanaduan yang diterimany­a yang memberitah­u pengagihan borang dan isi kandungan borang yang seakan-akan mahu mengaut untung poket sendiri selain mengaitkan­nya dengan suku kaum tertentu.

Ditanya mengenai keterlibat­an individuin­dividu dalam isu tersebut didalangi ahli parti, beliau berkata beliau masih menunggu laporan dan jika benar, beliau tidak teragak-agak menggunaka­n pendekatan undangunda­ng.

 ??  ?? MOHAMMADIN
MOHAMMADIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia