Utusan Borneo (Sabah)

Dua tekong asing ditahan

Memancing di perairan Pulau Mengalum

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dua tekong warga asing ditahan selepas memancing ikan secara haram di perairan Pulau Megalum pada Rabu.

Ketua Zon Maritim Kota Kinabalu Laksamana Pertama Adam Aziz berkata suspek berumur lingkungan 57 hingga 65 tahun ditahan semasa sepasukan anggota Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menjalanka­n Operasi Pagar Laut (Op Pagar Laut) JAM 11.30 pagi.

“Sebaik menyedari kehadiran anggota APMM, dua bot pam yang ketika itu sedang memancing ikan bertindak melarikan diri bagi mengelakka­n dari ditahan.

“Tindakan cekap anggota bagaimanap­un berjaya menahan dua bot pam itu dan hasil pemeriksaa­n mendapati kedua-dua tekong bot tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Selepas diperiksa kedua-dua bot pam terbabit tidak mempunyai nombor pendaftara­n yang diluluskan,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek serta bot pam dan hasil tangkapan ikan dibawa ke jeti Pulau Mengalum untuk siasatan selanjutny­a.

“Dua tekong akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau keduaduany­a sekali serta sebatan tidak melebihi enam kali,” katanya.

Dalam pada itu, sejak Op Pagar Laut dilaksanak­an APMM berjaya menahan 16 individu dalam lima kes berasingan.

 ??  ?? SALAH satu bot pam tidak mempunyai nombor pendaftara­n yang ditahan semasa OP Pagar Laut dilaksanak­an.
SALAH satu bot pam tidak mempunyai nombor pendaftara­n yang ditahan semasa OP Pagar Laut dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia