Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang motosikal maut bertembung dengan kereta kompak

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL (PELATIH UMS)

BEAUFORT : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang­nya melanggar sebuah kereta jenis kompak di Kampung Kerukan, Kilometer 34 Jalan BeaufortMe­numbok di sini pada Rabu.

Dalam kejadian itu, mangsa Junaidi Sadilah, 34, berasal dari Kuala Penyu maut di tempat kejadian pada jam 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd. Razak berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dan pemandu berumur 41 tahun dalam perjalanan menuju ke Menumbok dari arah Kuala Penyu.

Katanya, sebaik tiba ke satu simpang jalan, kereta terbabit dilanggar di bahagian tepi oleh mangsa yang datang dari arah belakang.

“Akibat pelanggara­n itu, mangsa tercampak ke dalam longkang simen di sebelah kanan jalan dan dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kereta kompak tersebut hanya mengalami kerosakan di bahagian tepi sebelah kanan manakala motosikal rosak di bahagian hadapan,” katanya.

Azmir berkata, pemandu dan mangsa tidak dipercayai memandu atau menunggang dengan pengaruh alkohol dan dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Tambahnya hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca oleh kecuaian mangsa yang memotong secara berbahaya di garisan berkembar tanpa memberi perhatian yang sepatutnny­a terhadap kenderaan di hadapanyan­ginginmemb­elok masuk ke simpang.

 ??  ?? KEADAAN di lokasi kemalangan berlaku.
KEADAAN di lokasi kemalangan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia