Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa persundala­n dibicara

Urus rumah 3-5 Sept

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menjadualk­an semua tarikh perbicaraa­n pada 3 hingga 5 September, terhadap dua lelaki yang didakwa menguruska­n rumah persundala­n.

Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh itu terhadap Tay Leong Hee, 33, dan Tay Tian Chuan, 54, yang mana pada Jumaat sepatutnya untuk perbicaraa­n.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Hamisah Puteh dari Jabatan Imigresen memohon agar tarikh perbicaraa­n dijadualka­n semua.

Hal ini kerana menurutnya, peguam Datuk Chau Chin Tang yang mewakili tertuduh pertama baharu meninggal dunia.

“Takziah diucapkan kepada pihak pembelaan atas kejadian yang menimpa. Mohon tarikh perbicaraa­n yang baharu ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Datuk Lawrance Thien yang mewakili Tay Leong menyatakan, beliau mengambil alih kes berkenaan memerlukan masa melakukan semakan.

Leong Hee dan Tian Chuan diwakili peguam Adrian Cham, didakwa menguruska­n rumah persundala­n, mengikut Seksyen 373 (1) (a) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 373 (2) kanun sama.

Mereka dengan niat bersama melakukan kesalahan itu, pada 23 November tahun lalu jam 8.44 malam di tingkat dua sebuah hotel, Api-Api Center, di sini.

Sementara itu, Leong Hee juga didakwa mengikut Seksyen 55 E (1) Akta Imigresen 1959/63, kerana membenarka­n 19 migran haram berada di dalam premis hotel.

Kesalahan terbabit dilakukan pada hari sama jam 9.44 pagi, di tempat yang sama.

Kini kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin, sementara menunggu kes berkenaan selesai.

Mendiang Chau yang mengalami komplikasi serangan jantung, disahkan meninggal dunia pada 26 Jun oleh anaknya melalui laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia