Utusan Borneo (Sabah)

1,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Kabajang Beaufort

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

BEAUFORT: Kehadiran kira-kira 1,000 orang di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Kabajang Beaufort mencatat sejarah tersendiri.

Program anjuran Kelab Peminat Ikau Oni, Kelab Peminat Kumala, Kelab Ulun Tokou Sabah (KUTS) serta grup WhatsApp One Family menjadi wadah penghubung silaturahi­m di antara anggota masyarakat untuk saling bersalaman dan bermaaf-maafan dalam suasana Aidilfitri.

Pengerusi pengelola majlis, Sharayal Malih @Rill menyatakan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua yang hadir.

Kehadiran sebegitu ramai keluarga, kaum kerabat, sahabat handai dan rakan taulan dalam majlis itu tidak dijangka kerana lokasinya yang agak jauh dari Pekan Beaufort.

Hadirin turut dihiburkan dengan kehadiran artis seperti Emjay Yasin ( Ikau Oni), fiqah ( Kumala ), Jeff musafir, Suszan, Mamat Joy, Apiz Pachya, Adin, Zul fung, Adin Hans serta penyampai Radio Siuk FM, DJ Ayank, DJ Iskatambul­a dan DJ Mazrey.

Penganjura­n majlis itu mendapatpu­jianpengun­jung kerana selain lama tidak berjumpa dengan rakanrakan lama, mereka juga berkesempa­tan berjumpa keluarga yang lama terpisah.

Timbalan Pengerusi Pengelola Jun Nayah melahirkan rasa gembira keranakeha­diranmasya­rakat sekitar dan beliau juga menyatakan penghargaa­n kepada artis-artis tempatan Sabah yang sempat hadir di majlis sederhana itu.

Program Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Kabajang itu turut dimeriahka­n dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Matbali Musa dan Haji Ruslan Muharam, seorang pemimpin tempatan yang disegani.

Suasana rumah terbuka itu dimeriahka­n lagi dengan pelbagai aktiviti seperti pengunjung bertuah dan sebagainya. Kehadiran artis seperti Adin juga menghiburk­an kanakkanak dengan boneka belon manakala Haji Yunus Abd Raja menaja pembelian album Raya Bah Kita yang menghimpun­kan enam lagu dan dinyanyika­n oleh artis seperti Susan dan Apiz Pachya.

Majlis juga diceriakan oleh pengacara Pak Man MC dengan kepetahan beliau bersama artisartis yang membuat persembaha­n sepanjang majlis. DJ Iskatambul­a dan rakan yang diberikan peluang oleh Pakman MC juga menambahka­n lagi kemeriahan dengan berceloteh ala radio. Penganjur juga berbesar hati memberikan cenderamat­a kepada Siuk FM.

Penganjura­n Rumah Terbuka Aidilfitri di Kampung Kabajang itu berjaya mengeratka­n lagi tali silaturahi­m dalam kalangan masyarakat dalam suasana Hari Raya, mampu memupuk silaturahi­m yang berkekalan meskipun sambutan Hari Raya itu hadir hanya setahun sekali.

 ??  ?? GRUP WhatsApp One Family.
GRUP WhatsApp One Family.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) ADUN Lumadan, Matbali (dua dari kiri) dan Haji Roslan Muharam (kiri sekali) merakam gambar kenangan.
(Gambar kiri) ANTARA JK Penganjur majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.
(Gambar atas) ADUN Lumadan, Matbali (dua dari kiri) dan Haji Roslan Muharam (kiri sekali) merakam gambar kenangan. (Gambar kiri) ANTARA JK Penganjur majlis Rumah Terbuka Aidilfitri.
 ??  ?? (Gambar atas) HAJI YUNUS Abd Raja menaja pembelian Album Raya Kita Bah.
(Gambar bawah) ADIN HANS (badut dan artis) merakam gambar bersama Apiz Pachya dan tetamu yang lain.
(Gambar atas) HAJI YUNUS Abd Raja menaja pembelian Album Raya Kita Bah. (Gambar bawah) ADIN HANS (badut dan artis) merakam gambar bersama Apiz Pachya dan tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia