Utusan Borneo (Sabah)

Letusan Agung jejas lapangan terbang Bali

Ribuan pelancong terkandas selepas hampir 280 penerbanga­n dibatalkan

-

DENPASAR: Ribuan pelancong terkandas semalam ketika Bali menutup lapangan terbang antarabang­sanya selepas letusan gunung berapi di pusat peranginan Indonesia yang memuntahka­n kepulan debu dan asap tebal beberapa ribu meter ke udara, kata pihak berkuasa.

Penutupan lapangan terbang Ngurah Rai pada awal pagi mendorong pembatalan hampir 280 penerbanga­n pergi dan balik dari syurga tropika dengan kira-kira 15,700 penumpang terjejas, menurut jumlah yang dinyatakan oleh seorang juru- cakap lapangan terbang.

Jumlah awal diberikan adalah hampir 450 penerbanga­n dibatalkan dan 75,000 pelancong terjejas. Jurucakap tidak memberi sebarang sebab bagi penilaian dramatik itu.

Kilauan merah jingga yang terang dapat dilihat di atas kawah Gunung Agung selepas ia memuntahka­n asap dan debu setinggi kira-kira 2,000 meter ke langit pada petang kelmarin.

Lapangan terbang ditutup pada awal semalam selepas seorang juruterban­g yang terbang di atasnya mengesan kesan debu gunung berapi setinggi 23,000 kaki.

Debu adalah berbahaya kepada pesawat kerana ia boleh menyebabka­n laluan licin dan boleh disedut ke dalam bahagian enjinnya.

Pintu masuk utama antarabang­sa di Bali akan ditutup sehingga sekurang-kurangnya petang semalam, menurut

“Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk mendapatka­n satu solusi supaya semua pelancong boleh meneruskan perjalanan mereka

MADE MANGKU PASTIKA pihak berkuasa, yang menambah bahawa dua lapangan terbang domestik lain turut ditutup.

Aktiviti baharu itu mengancam untuk menimbulka­n kacau-bilau dalam perjalanan selepas letusan Agung pada November menyebabka­n ribuan orang terkandas dan menjejaska­n industri pelanconga­n mewah di Bali serta ekonomi yang lebih meluas.

Berpuluh ribu penduduk tempatan sudah melarikan diri ke pusat pemindahan selepas letusan pada tahun lepas.

Gunung berapi itu adalah kira-kira 75 kilometer dari hab pelanconga­n Bali di Kuta.

Pelancong Australia Rod Bird datang awal ke lapangan terbang hanya untuk dimaklumka­n bahawa penerbanga­n beliau pulang ke Perth di- batalkan buat kali kedua.

Satu penerbanga­n awal dengan AirAsia dibatalkan sebelum lapangan terbang ditutup pada awal pagi semalam.

“Mereka hanya memberitah­u kami gunung berapi akan reda maka mereka me-nempah semula penerbanga­n kami pada pagi ini dan kami sudah berada di sini sejak jam 5 pagi waktu tempatan hanya untuk ditolak sekali lagi. Maka kami mempunyai dua penerbanga­n yang dibatal-kan,” Bird memberitah­u AFP.

“Baiklah, ia adalah Bali, perkara sebegini berlaku dan kami dapat menerima ia dengan baik. Kami hanya rindukan anak-anak kami,” tambah beliau.

Ribuan orang terkandas di lapangan terbang atau hotel kawasan semalam, namun ia masih belum lagi diketahui berapa ramai pelancong yang tidak dapat meninggalk­an pulau tersebut.

Di sebalik letusan itu, status Agung kekal dalam keadaan berjaga-jaga, amaran bahaya kedua tertinggi.

Terdapat satu zon lara-ngan seluas empat kilometer di sekitar puncak gunung Agung.

Gabenor Bali menyatakan pihak berkuasa sedang berusaha bagi membolehka­n pelancong meneruskan perjalanan mereka.

“Kami akan cuba sedaya upaya kami untuk men-dapatkan satu solusi supaya semua pelancong boleh meneruskan perjalanan mereka,” kata Made Mang-ku Pastika.

Agung meletus beberapa kali sejak ia hidup semula pada tahun lepas.

Letusan kuat terakhirny­a pada 1963 membunuh kirakira 1,600 orang. — AFP

 ??  ?? — Gambar Reuters
GUNUNG Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam.
— Gambar Reuters GUNUNG Agung meletus, seperti dilihat dari Kubu, Keregenan Karangasem di Bali, Indonesia semalam.
 ??  ?? PELANCONG memeriksa penerbanga­n mereka di lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali, yang dibatalkan selepas gunung berapi Agung meletus semalam. — Gambar AFP
PELANCONG memeriksa penerbanga­n mereka di lapangan terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali, yang dibatalkan selepas gunung berapi Agung meletus semalam. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia