Utusan Borneo (Sabah)

Sandakan dominasi acara perseorang­an

Siri 2 Kejohanan Tenis Junior Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sandakan merangkul empat gelaran juara untuk mendominas­i acara perseorang­an Siri 2 Kejohanan Tenis Junior Sabah yang berlangsun­g di Kompleks SukanTawau pada 22-24 Jun lalu.

Acara perseorang­an yang mempertand­ingkan lima kategori lelaki dan tiga perempuan menyaksika­n Sandakan meraih tiga gelaran juara lelaki iaitu kategori 18, 16 dan 14 tahun ke bawah serta satu perempuan dalam kategori 14 tahun ke bawah.

Kategori lelaki 18 tahun menyaksika­n Hiew Kee Jun muncul juara selepas menumpaska­n dua lawannya, Mohd Rafie Mohd Nor dari Kota Kinabalu (KK) dan Chow Khai Seng (Tawau), 8-0 dan 8-1 dalam saingan yang dijalankan secara liga satu pusingan. Mohd Rafie menduduki tempat kedua manakala Khai Seng tempat ketiga.

Kategori lelaki 16 tahun ke bawah pula dijuarai Harish John Sunil mengalahka­n Darius Wong (KK) manakala Rishigeswa­ran menjuarai kategori 14 tahun ke bawah mengalahka­n Alam Irfan (KK).

Satu lagi gelaran juara dimenangiS­andakanmen­erusi Jashnaviss­ri Uigneswara­n dalam kategori perempuan 14 tahun ke bawah. Jashnaviss­ri mengalahka­n ketiga-tiga lawannya dalam saingan liga satu pusingan.

Pesaing terdekat Sandakan dalam acara perseorang­an adalahTawa­uyangmeran­gkul dua gelaran juara menerusi Noorahman Arif dalam kategori lelaki 10 tahun ke bawah dan Keagan Keith Jonathan dalam kategori lelaki 12 tahun ke bawah.

Lahad Datu dan Kota Kinabalu masing-masing merangkul satu gelaran juara dalam acara perseorang­an perempuan.

Jasnita Jainal (Lahad Datu) muncul juara kategori 16 tahun ke bawah manakala Eliora Hii (KK) juara kategori 12 tahun ke bawah.

Kejohanan itu turut mempertand­ingkan acara beregu tetapi beberapa pasangan melibatkan gandingan pemain dari daerah berlainan.

Keseluruha­nnya, kejohanan itu disertai 45 pemain lelaki dan 14 perempuan dari empat daerah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau selaku tuan rumah.

 ??  ?? AKSI pemain Tawau, Noorahman yan menjuarai acara perseorang­an lelaki 10 tahun ke bawah. Noorahman kemudian berganding­an dengan Rus Zareef (KK) untuk meraih gelaran juara kedua dalam acara beregu 10 tahun ke bawah.
AKSI pemain Tawau, Noorahman yan menjuarai acara perseorang­an lelaki 10 tahun ke bawah. Noorahman kemudian berganding­an dengan Rus Zareef (KK) untuk meraih gelaran juara kedua dalam acara beregu 10 tahun ke bawah.
 ??  ?? PESERTA Siri 2 Kejohanan Tenis Junior Sabah di Kompleks Sukan Tawau merakamkan gambar kenangan bersama selepas pertanding­an selesai.
PESERTA Siri 2 Kejohanan Tenis Junior Sabah di Kompleks Sukan Tawau merakamkan gambar kenangan bersama selepas pertanding­an selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia