Utusan Borneo (Sabah)

Semenya kembali semula ke trek selepas perbalahan dengan IAAF

-

PARIS: Caster Semenya akan cuba melupakan perbalahan­nya dengan IAAF berhubung peraturan baharu yang kontrovers­i mengenai testostero­n apabila dia tampil buat pertama kali di Paris pada hari ini (Sabtu) dalam rangka ketujuh Liga Berlian.

Semenya belum lagi tewas dalam acara 800 meter sejak dia tersingkir pada peringkat separuh akhir di kejohanan dunia 2015 di Beijing.

Dia mencatatka­n masa terpantas pada musim ini, 1 minit 55.92 saat di Eugene, tetapi dia perlu memperbaik­i masa peribadi terbaik sebanyak 0.19 saat jika dia menyasari rekod kejohanan 1:54.97, yang dipegang sejak 2008 oleh Pamela Jelimo dari Kenya.

Semenya, juara berganda Olimpik (2012, 2016) dan juara dunia sebanyak dua kali (2009, 2017), berdepan dengan saingan yang kuat dalam bentuk atlet Amerika, Ajee Wilson, pemenang pingat perak Olimpik dan juara dunia bertahan dari Burundi, Francine Nyonsaba, Habitam Alemu Habsyah dan Margaret Wambui, pemenang pingat gangsa dari Kenya di Sukan Rio pada 2016.

Di luar balapan, Semenya telah merujuk kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dalam usahanya mencabar peraturan IAAF mengenai testostero­n yang berlaku dalam atlet wanita yang akan diperkenal­kan pada 1 November.

Semenya yang berbadan tegap berpotensi menjadi atlet wanita berprofil paling tinggi yang akan terjejas disebabkan oleh peraturan sedemikian.

Diklasifik­asikan sebagai “terlalu androgini”, atlet seperti Semenya perlu menurunkan paras testostero­n menggunaka­n kimia untuk membolehka­n mereka bertanding, sesuatu yang menurut pelari 800 meter itu bersifat diskrimina­si dan melanggar Perlembaga­an IAAF dan Piagam Olimpik. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia