Utusan Borneo (Sabah)

Selamat bertugas kepada jemaah menteri

Debaran menanti istiadat angkat sumpah Isnin ini

-

ISTIADAT mengangkat sumpah baki anggota barisan Kabinet yang akan berlangsun­g pada 2 Julai ini pasti dinanti dengan penuh debaran kerana pada hari itu akan terungkai siapa yang bakal mengisi kerusi menteri dan timbalan menteri yang masih kosong.

Mereka yang bakal mengangkat sumpah ini akan melengkapk­an senarai Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memerintah negara selama lima tahun akan datang.

Seramai 13 anggota kabinet awal mengangkat sumpah pada 21 Mei lepas sementara Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei.

Menambah kepada debaran ini ialah sehingga saat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri tentang senarai penuh kementeria­n di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Maksud penulis, belum jelas kementeria­n mana yang kekal, yang mana yang digabung dengan kementeria­n lain dan yang mana pula akan dibubarkan dengan mengambil kira kementeria­n yang ada di bawah pemerintah­an kerajaan Barisan Nasional yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Meskipun senarai ini masih misteri kepada rakyat, penulis pasti di peringkat kepimpinan negara ia bukanlah rahsia.

Begitu juga bagi para empunya diri yang bakal dilantik, penulis yakin mereka sudah tahu apakah portfolio yang akan dipertangg­ungjawabka­n kepada mereka nanti. Dalam erti kata lain, ia bukan perlantika­n secara mengejut, tanpa persediaan rapi atau “bidan terjun!”

Dengan sedikit masa yang ada ini, setiap diri yang bakal dilantik sudah boleh mula buat persiapan. Berdasarka­n pemerhatia­n penulis, ada beberapa aspek yang boleh dijadikan kerja rumah awal bagi semua yang bakal mengangkat sumpah nanti.

Cabaran pertama yang bakal dihadapi para menteri dan timbalan menteri baharu nanti adalah dari aspek komunikasi.

Memandangk­an kerajaan PH rata-ratanya dianggotai oleh individu yang belum pernah memegang jawatan menteri, mungkin ada yang belum pernah mempunyai setiausaha akhbar (SUA) sepanjang terlibat dalam karier politik.

Secara umum SUA memainkan peranan penting untuk menghubung­kan individu yang diangkat sebagai menteri dengan pihak media terutama bagi aktiviti politik dan apabila ada aktiviti ‘turun padang’.

Oleh itu, pelantikan SUA adalah perlu dan beliau perlu dipercayai oleh menteri untuk membuat perancanga­n untuk membolehka­n setiap hasrat hati sang menteri dapat disampaika­n dengan cara yang paling berkesan dan mengelak sebarang kekeliruan di pihak audien.

Umum mengetahui dalam pentadbira­n kerajaan PH, pendekatan yang lebih ‘dekat’ dengan audien seperti penggunaan siaran video dan memberi respon melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Dalam masa yang sama, peranan Unit Komunikasi Korporat (UKK) setiap kementeria­n yang memberi bakti selama ini juga perlu dimanfaatk­an sebagai penggerak maklumat bagi organisasi yang diketuai sang menteri kerana setiap UKK mempunyai maklumat lengkap dan mengetahui selok-belok dan latar belakang sesuatu isu melibatkan kementeria­n.

Melalui kerjasama erat antara kedua-dua pihak iaitu SUA dan UKK maka dapatlah segala maklumat baik berkaitan menteri atau kementeria­n yang diwakili dapat disalurkan dengan lancar, tanpa pertindiha­n maklumat dan tepat.

Harus diingat dari sudut pandang rakyat, mereka memandang menteri adalah kementeria­n dan kementeria­n adalah menteri. Di mata mereka tidak ada beza antara mesej yang disampaika­n atas kapasiti peribadi atau rasmi sebaik sahaja seseorang dilantik sebagai menteri.

Pada mereka, asalkan menteri yang bercakap, semuanya adalah maklumat ‘rasmi’, ‘sah’ dan ‘telah diputuskan’ meskipun ia hanyalah sekadar cadangan.

Oh ya, masukkan sekali penterjema­h dalam pasukan media anda untuk memudahkan penyediaan kenyataan media dalam pelbagai bahasa.

Seterusnya, dengan masa yang ada sebelum mengangkat sumpah pada Isnin nanti kajilah isu utama berkaitan kementeria­n yang akan anda kepalai.

Orang awam memuji Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook kerana di hari pertama melapor diri di pejabat beliau sudah bercakap tentang isu sebenar berkaitan kementeria­n seperti fungsi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD), isu lesen kopi dan keselamata­n jalan raya di musim perayaan.

Tindakan proaktif seperti ini bolehlah dicontoh. Barulah nanti apabila masuk melapor diri hari pertama di pejabat, nampak gagah dan terampil!

Di samping itu, ketenangan ketika menghadapi sesuatu situasi baharu atau tidak pernah dilalui juga amat penting. Gelagat Menteri Pertahanan kita iaitu Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai ‘Abang Mat’ atau ‘Mat Sabu’ cukup menyenangk­an semua pihak.

Pada hari pertama di pejabat, beliau ada membuat kesilapan kerana tidak berhenti memberi penghormat­an kepada Panji-panji Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sewaktu pemeriksaa­n perbarisan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) di Kementeria­n Pertahanan.

Hal ini mengundang kecaman netizen melalui laman sosial.

Namun beliau tidak melatah dan tidak pula cuba mempertaha­nkan diri atau menyalahka­n orang lain. Sebaliknya beliau mengakui kesilapan diri dan meminta maaf atas kekhilafan dirinya itu.

Bahkan ketika ditanya perasaan menjadi menteri pada hari pertama, beliau tidak berselindu­ng untuk mengaku bahawa beliau merasa sedikit gemuruh. Maklumlah bukan calangcala­ng kementeria­n yang diterajuin­ya.

Kejujuran seperti ini dihargai rakyat. Sedikit kekurangan diri seperti ini memberi elemen manusiawi kepada si pelaku, sekali gus memberi mesej kepada rakyat bahawa walaupun menyandang sebagai menteri, mereka masih manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan dan mempunyai kekurangan.

Walaupun di awal artikel, penulis menekankan keperluan mengkaji isu sebelum masuk ke pejabat, pasti ada sahaja isu yang luar jangka atau luar pengetahua­n selagi belum memegang kuasa.

Oleh itu, ambillah masa mungkin seminggu dua pertama selepas dilantik untuk duduk dengan pasukan pengurusan kementeria­n dan pelbagai jabatan di bawah kementeria­n anda untuk selami segala isu.

Dengan cara itu seseorang menteri akan memahami setiap isu berkaitan kementeria­nnya dengan mendalam dan daripada sumber primer dan pasti akan dapat membezakan informasi yang betul dan salah ketika disoal masyarakat.

Ini dapat mengelak menteri daripada menjawab atau membuat sebarang keputusan secara terburu-buru yang mungkin terpaksa tarik balik kemudian. Lebih baik ambil masa yang lebih untuk menimbang tara sesuatu isu dengan masak daripada tidak konsisten dengan sesuatu keputusan.

Perkara terakhir yang mahu penulis sentuh adalah tentang menghadapi tekanan daripada pelbagai pihak.

Selepas mendapat kuasa, pasti akan ada banyak pihak yang datang dan beri tekanan untuk mendapat jawapan segera kepada isu yang mereka bangkitkan.

Baik daripada kelompok wartawan, baik kumpulan pelobi mahupun orang awam, semuanya berusaha untuk mendapat perhatian para menteri dengan segera.

Malangnya tidak mungkin kita akan ada jawapan segera kepada semua soalan yang ditanya setiap masa.

Jadi kalau memang tiada jawapan kepada sesuatu isu, jawab sahaja “saya belum ada jawapan, mohon sedikit masa untuk kami buat kajian” seperti yang dibuat Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad baru-baru ini.

Yang penting jangan dek kerana jawapan tergesa-gesa menteri, seluruh kementeria­n menjadi mangsa kerana terpaksa memenuhi janji atau jawapan separuh masak yang dibuat tanpa pertimbang­an mendalam.

Percayalah tekanan pasti akan terus datang, tetapi sebagai penanggung jawab kepada kementeria­n, kitalah yang perlu saring mana satu tekanan yang tulen dan mana satu tekanan yang dibuat atas kepentinga­n diri pihak yang menekan. - Bernama

“Cabaran pertama yang bakal dihadapi para menteri dan timbalan menteri baharu nanti adalah dari aspek komunikasi. Memandangk­an kerajaan PH rata-ratanya dianggotai oleh individu yang belum pernah memegang jawatan menteri, mungkin ada yang belum pernah mempunyai setiausaha akhbar (SUA) ” sepanjang terlibat dalam karier politik.

 ??  ?? MENTERI Kabinet dari kiri, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
MENTERI Kabinet dari kiri, Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
 ??  ?? TIGA Ahli Parlimen di Sabah yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri. Dari kiri Darrel Leiking (Penampang), V. K Liew (Batu Sapi) dan Datuk Mohammadin Ketapi (Silam).
TIGA Ahli Parlimen di Sabah yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai menteri. Dari kiri Darrel Leiking (Penampang), V. K Liew (Batu Sapi) dan Datuk Mohammadin Ketapi (Silam).
 ??  ?? PERDANA MENTERI: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
PERDANA MENTERI: TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
 ??  ?? TIM. PERDANA MENTERI: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TIM. PERDANA MENTERI: DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia