Utusan Borneo (Sabah)

PH diharap pandang serius isu pembanguna­n Sarawak

-

KUCHING: Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak berharap kerajaan persekutua­n baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) memandang serius isu pembanguna­n di Sarawak khususnya di sekolah luar bandar.

Yang Dipertua MAPIM Sarawak Omar Immun berkata sekolah luar bandar Sarawak masih jauh ketinggala­n dari segi pembanguna­n frasarana.

MAPIM katanya, percaya kekurangan itu merupakan cabaran kepada warga pendidik untuk menjadikan pelajar dan sekolah luar bandar cemerlang.

“Justeru kita berharap Menteri Pendidikan yang baharu Dr Maszlee Malik akan serius melihat perkara ini kerana sebelum ini kita melihat ada sekolah luar bandar menampakka­n potensi cemerlang dalam peperiksaa­n kebangsaan.

“Di sini kita yakin apabila sekolah luar bandar dilengkapi kemudahan asas sewajarnya, maka secara tidak langsung ia memberi satu semangat lebih bagus kepada warga pendidik dan pelajar di luar bandar,” katanya kepada Utusan Borneo Khamis.

Omar yang juga ketua penerangan MAPIM kebangsaan berharap lebih ramai tenaga pengajar mahir dihantar ke sekolah luar bandar bagi membangunk­an lagi sistem pendidikan di situ.

“Seperkara yang penting juga ialah kita mahukan kerjasama yang baik dalam kalangan menteri bertanggun­gjawab terhadap pendidikan di Sarawak dengan menteri pendidikan di peringkat pusat bagi menjamin kesinambun­gan positif serta meneruskan kecemerlan­gan pendidikan di negeri ini,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia