Utusan Borneo (Sabah)

Konsert ‘Padi Reborn Exclusive Live in KL’ penuh kejutan

-

HANYA tinggal beberapa hari lagi peminat akan dapat menyaksika­n konsert ulung Padi Reborn Exclusive Live In KL Sabtu ini bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Penganjur konsert itu, Qew Communicat­ions Sdn Bhd berkata dalam kenyataan, dua lagi pemuzik iaitu Aizat Amdan dan Amira Syahira diundang untuk membuat persembaha­n.

“Aizat Amdan yang kini popular dengan lagu sampai Ke Hari Tua akan muncul sebagai penyanyi undangan dan berduet bersama Padi Reborn. Menjadi salah seorang peminat lagulagu Padi, Aizat mahu membuat kejutan dengan merahsiaka­n lagu yang bakal dipersemba­hkan nanti,” katanya.

Kemunculan Amira Syahira pada konsert tersebut juga jelas akan menambah keriuhan dengan hentakan padu drumnya nanti bersama Yoyo Prasetyo yang merupakan antara pemain drum terbaik Nusantara daripada kumpulan Padi Reborn.

“Dalam musim perayaan yang menuntut pelbagai komitmen, atas dasar keprihatin­an yang tinggi pihak penganjur berbesar hati menawarkan harga tiket promosi luar biasa untuk para peminat Padi Reborn,” katanya.

Konsert Padi Reborn ini turut dimeriahka­n lagi dengan persembaha­n pembukaan oleh kumpulan Pitahati yang terkenal dengan lagu Sahabat.

Beberapa kumpulan pemuzik tempatan seperti SOG, Margosa, Kapow, Oceanlight­s dan Pesawat turut memberi sokongan dengan membuat kemunculan dalam acara Sundaze Pre Party Of Padi Reborn Exclusive Live In Kl pada 24 Jun lepas.

Segala aktiviti dan promosi berkaitan konsert ini boleh didapati di http:// www.facebook.com/ padireborn­exclusivei­nkl, https://www.facebook.com/ qewcomm atau Instagram https://www.instagram. com/padireborn_liveinkl. — Bernama

 ??  ?? AMIRA SYAHIRA
AMIRA SYAHIRA
 ??  ?? AIZAT AMDAN
AIZAT AMDAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia