Utusan Borneo (Sabah)

Esszone perlu label zon ekonomi selain kawasan keselamata­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sudah sampai masanya Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bukan sekadar dicop untuk kawasan keselamata­n, tetapi turut dilabelkan sebagai Zon Ekonomi.

Presiden Sabah BIMPEAGA Traders Associatio­n (BETA) Ahdie Dodds optimis label sedemikian boleh memberikan ruang menarik keyakinan pemain ekonomi di Esszone.

“Kita perlu lihat Esszone sebagai zon ekonomi tanpa mengenepik­annya berstatus selamat (kawalan keselamata­n) supaya tidak lagi dilihat kawasan yang tidak selamat,” katanya.

Ahdie yang ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau di sini pada Khamis, percaya kawasan Esszone mempunyai potensi membangun.

Menurutnya, jika Kerajaan Negeri melihat Esszone sebagai Zon Ekonomi peluang lebih terbuka untuk memajukann­ya menjadi kawasan makmur ekonomi di wilayah terlibat.

“Kita di BETA juga mengamalka­n konsep ‘keamanan menerusi perdaganga­n’ untuk mewujudkan kawasan makmur ekonomi bersama wilayah negara jiran sekali,” katanya.

Khususnya, melalui konsep 3T meliputi Tawau (Sabah), Tarakan (Kalimantan Utara) dan Tawi-Tawi (Filipina Selatan) serta wilayan lain yang berhampira­n sempadan tiga negara.

Mengulas lanjut, beliau berkongsi kelegaanny­a dengan kesediaan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghidupk­an semula barter trade yang ditutup pada 2016.

“Kita berterima kasih dengan kerajaan baharu, terutamany­a Ketua Menteri kerana hal ini BETA sudah usulkan semenjak 2015 ketika ura-ura penutupann­ya mula kedengaran.

“Kita melihat kerajaan baharu lebih optimistik dengan langkah ini untuk dilihat menghidupk­an semula hubungan bartertrad­e (EAGA-Barter Trade),” katanya.

Beliau berkata semenjak penutupan barter-trade pada 2016, aktiviti ekonomi di sempadan tiga negara dilihat begitu terjejas, sebaliknya aktiviti penyeludup­an pula semakin rancak.

Berikutan itu juga, beliau bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman bahawa penutupan barter-trade hanya menggalakk­an lagi aktiviti penyeludup­an.

“Kita juga berharap kalau boleh kerajaan jangan samakan wilayah kita dengan Jakarta, Manila atau Kuala Lumpur yang sudah maju, kerana kita berada di kawasan mundur.

“Kita berharap Kerajaan Negeri turut menetapkan pendirian untuk mencari mekanisme menjalanka­n pendekatan baharu tanpa perlu merujuk kepada Kerajaan Pusat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia