Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Sabur usahawan berpengala­man

Pernah jual kain, hingga urus tempahan kapal seluruh dunia

-

BELIAU pernah membantu ayahnya menjual kain di Tawau. Selain itu, beliau pernah bekerja di sebuah kedai kasut terbesar di London. Ketika bertugas di Sabah Gas Industries (SGI), Abdul Sabur berpengala­man mengurus tempahan kapal dari seluruh dunia untuk eksport methanol dan HBI. Seorang yang mempunyai pengalaman luas, Abdul Sabur memiliki ciri-ciri ketokohan dan mempunyai bakat kepimpinan yang menonjol dalam politik, kemasyarak­atan dan keusahawan­an. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual ABDUL SABUR DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD di Wawasan Plaza mengenai pengalaman beliau dalam kerjaya yang diceburiny­a.

UTUSAN BORNEO (UB): Boleh ceritakan sedikit latar belakang tuan? Misalnya lahir di mana? Anak ke berapa dalam keluarga? ABDUL SABUR DSP HAJI AHMAD (SABUR):

Saya dilahirkan di Tawau Sabah pada 5 Ogos 1954.Saya anak ketiga dari tujuh adik beradik, 3 lelaki empat perempuan.

Ayah saya Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid manakala ibu saya, Datin Hajah Nekmah Hamzah.

UB: Di mana tuan mendapat pendidikan awal?

SABUR:

Saya mendapat pendidikan awal di St Patrick Primary School dan peringkat menengah St Patrick Secondary School. Saya habis Form 5 pada tahun 1973.

UB: Siapa rakan sekelas? Masih ingat nama mereka? SABUR:

Antara rakan sekelas saya di St Patrick ialah saudara Abd Samat Yunus, Jimmy Wong, Datuk Nasir Tun Sakaran, Jihek Haji Basanu, Haji Paiman Karim, Amri Ginang. Masa itu di Semporna dan Kunak, belum ada sekolah menengah.

UB: Mungkin ada pengalaman tertentu ketika bersekolah di St Patrick? SABUR:

Masa kami bersekolah di sana, pelajar-pelajar dilarang bercakap bahasa selain bahasa Inggeris. Sesiapa yang kedapatan berbahasa Melayu akan didenda. Kalau tak silap saya 10 sen denda jika didapati bercakap bahasa Melayu.

UB: Bagaimana suasana persekolah­an masa itu? SABUR:

Sangat baik. Kami boleh berkawan dengan sesiapa saja, tidak berpuakpua­k. Semua harmoni. Kami tiada masalah bergaul dengan murid lain walaupun berlainan kaum dan agama.

UB: Naik apa ke sekolah? SABUR:

Saya memandu kereta ke sekolah. Sekolah terletak kira-kira 20 minit dari rumah. Masa itu belum ada lesen. Jadi terpaksa ‘bertapuk’ dari polis trafik. Saya buat begitu kira-kira satu tahun.

UB:Lepas itu, di mana tuan bersekolah? SABUR:

Lepas itu, tahun 1974 saya terbang ke United Kingdom untuk menduduki A level di Walthamsto­w. Kemudian saya meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang perkapalan di Plymouth University, tempatnya jauh kira kira dua jam setengah dari London.

UB: Bagaimana pengalaman tuan ketika pertama kali menjejakka­n kaki ke Eropah? SABUR:

Pada mulanya memang kita mengalami

culture shock, atau kejutan budaya. Kita terpaksa menyesuaik­an diri dengan suasana baru. Ketika berada di St Patrick Tawau, kami memang dalam aliran Inggeris, sehingga ia tidak begitu sukar bagi kami berkomunik­asi dalam bahasa itu.

Suasana di sana memang berbeza. Cuma yang baiknya, masa itu ramai juga pelajar dari Sabah yang belajar dari sana, jadi kami rasa tidaklah begitu terasing. Kami selalu mengadakan pertemuan di Malaysia Hall dengan pelajar dari Sabah. Kalau rindu makanan Melayu, kami ke Malaysia Hall. Di sana makanan agak murah berbanding di luar.

UB: Siapa antara pelajar dari Sabah yang menuntut di sana? SABUR:

Antaranya, Nasir Tun Sakaran (Datuk Haji), Amran Ginang, Azizah Mohd Dun (Datuk Hajah), Joifin Mohd Dun, Johari Mohd Dun dan Arifin Mohd Dun. Datuk Seri Shafie Apdal, Datu Omar, Datuk Yeo Boon Hai. Douglas Lind, Anifah Aman (Datuk Seri) Datuk Yong Teck Lee, Adnan Puteh, Abbas Kassaim, Ibrahim, Mansor Yasin, Iskandar Malik (Datuk), Amde Sidik, Mohamadin Ketapi.

UB: Apa yang tuan buat sewaktu cuti sekolah? SABUR:Di

London, saya pernah bekerja secara sambilan di sebuah kedai kasut di Selfridges, sebuah gedung yang agak besar setinggi 14 tingkat.

Pekerjanya saja tiga shif. 500 orang setiap shif, jadi bermakna terdapat 1,500 pekerja semuanya yang bekerja di kapal itu. Kami dilatih teknik pemasaran. Sehingga saya mahir dalam teknik menjual sesuatu barangan dan teknik memujuk pelanggan agar menambahka­n pembelian.

Aktiviti berjualan ini tidak asing bagi saya kerana di Tawau dulu, setiap masa terluang, di penghujung minggu saya sering membantu ayah berjualan di kedainya. Biasanya jualan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 tetapi ketika saya terapkan teknik jualan yang saya pelajari di Selfrdges, jualan mencecah dua kali ganda.

UB: Sekembalin­ya ke tanah air, di mana tuan bekerja? SABUR:

Mulanya saya bekerja sebagai Eksekutif Perkapalan di Gaya Shipping Sdn Bhd (sebuah syarikat pemilik kapal dan pengendali kapal) dari tahun 1981 hingga 1983.

UB: Lepas itu, di mana tuan bekerja? SABUR:

Seterusnya, saya bertugas sebagai Pengurus Latihan Jabatan Perkapalan, Chartering dan Terminal Sabah Gas Industries Sdn Bhd milik penuh Kerajaan Negeri Sabah dari tahun 1983 hingga 1985.

Kemudian saya dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Perkapalan, Chartering dan Terminal Sabah Gas Indstries Sdn Bhd dari tahun 1985-1986.

Selepas itu, saya dilantik Ketua Jabatan Perkapalan, Chartering dan Terminal Sabah Gas Industries dari tahun 1986 hingga 1989 dimana ketika itu, syarikat itu menghasilk­an pengeluara­n berskala dunia dengan mengeluark­an sebanyak 600,000 metrik tan Methanol dan 600,000 tan Hot Briquettes Iron (HBI).

Saya berpengala­man dalam mengurus tempahan kapal dari seluruh dunia. Mencari kapal untuk ditempah bagi mengangkut methanol dan HBI ke Australia, Eropah, Amerika dan negara-negara Asean.

Selain itu, ketika bertugas di Sabah Gas Industries sebagai Ketua Jabatan Perkapalan, saya juga mengatur keluar masuk kapal ke terminal.

Kemudian saya dipertangg­ungjawabka­n sebagai Ketua Jabatan Pemasaran Antarabang­sa (USA, Eropah, Filipina dan Indonesia), Methanol Sabah Gas Industries dari tahun 1989 hingga 1990.

Saya juga pernah mengikuti seminar dan persidanga­n antarabang­sa mengenai petroleum di Monte Carlo, San Antonio.

UB: Kemudian, di mana tuan bekerja? SABUR:

Selepas 8 tahun bertugas di SGI, saya berpindah lagi ke sebuah syarikat lain dan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pemasaran, Barang Mentah, Logistik dan Counter Trade, Energy Ricks Advisors Sdn Bhd dari tahun 1990 hingga 1991, Pengarah Eksekutif Incofirm Sdn Bhd dan anak syarikatny­a, yang terlibat dalam pembinaan dan kejurutera­an, dari tahun 1991 hingga 1995, Pengarah Urusan Dual Quest Sdn Bhd dari tahun 1995 hingga 2000 dan Pengarah Eksekutif, Centre Point Department­al & Supermarke­t Sdn Bhd, KK Plaza Kota Kinabalu dari tahun 2001 hingga 2010.

UB: Sejak bila tuan minat dalam bidang perniagaan?

SABUR:

Sejak kecil saya dilatih dalam bidang perniagaan. Saya sering bantu ayah menjual kain dan songkok, saya pernah bekerja di kedai kasut ketika menuntut di London dan saya pernah terlibat dalam perniagaan antarabang­sa ketika bertugas di Sabah Gas Industries (SGI).

Saya boleh duduk 24 jam di kedai setiap hari kerana memang saya dilatih dalam bidang perniagaan, yang memang saya minat sejak dahulu.

UB: Apa cita-cita tuan ketika kecil dahulu? SABUR:

Ketika kecil, kita memang dipenuhi banyak cita-cita. Berubah-ubah. Saya pernah bercita-cita jadi Presiden Amerika.

Di London, saya pernah bekerja secara sambilan di sebuah kedai kasut di Selfridges, sebuah gedung yang agak besar setinggi 14 tingkat. Pekerjanya saja tiga shif. 500 orang setiap shif, jadi bermakna terdapat 1,500 pekerja semuanya yang bekerja di kapal itu. Kami dilatih teknik pemasaran. Sehingga saya mahir dalam teknik menjual sesuatu barangan dan teknik memujuk pelanggan agar menambahka­n pembelian. Aktiviti berjualan ini tidak asing bagi saya kerana di Tawau dulu, setiap masa terluang, di penghujung minggu saya sering membantu ayah berjualan di kedainya. Biasanya jualan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 tetapi ketika saya terapkan teknik jualan yang saya pelajari di Selfrdges, jualan mencecah dua kali ganda.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia