Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan M’sia-Filipina

Pertemuan KD STG dan BRP Cebu jayakan program TMP

- Oleh YUSOP TEPPO

KAPAL Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kapal Diraja Sri Tiga (KD STG) telah melaksanak­an pertemuan bersama kapal Tentera Laut Filipina (TLP) BRP Cebu (PS 28)untukmenja­yakanprogr­am Trilateral Maritime Patrol (TMP) Siri 10/18 di sekitar Zon Keselamata­n Pantai Timur Sabah (ESSZone), pada Jumaat.

Kedua-dua kapal berkenaan sedang membuat rondaan di kawasan perairan negara masing-masing dan telah membuat pertemuan di sempadan perairan negara untuk Inisiatif Bertukar Maklumat (IBM).

Pertemuan TMP kali ke-10 pada tahun ini telah dilaksanak­an seawal jam 8 pagi setelah hubungan komunikasi berjaya dilakukan.

Pertemuan bermula dengan KD STG merapat di sebelah lambung kanan BRP Cebu yang diperintah oleh Lt Kdr Arnold Valida PN.

Ketibaan KD STG disambut baik oleh Pegawai Memerintah, Pegawai Laksana dan kru BRP Cebu.

Pertemuan pada kali ini merupakan pertemuan keempat BRP Cebu dengan kapal TLDM manakala yang kedua bersama KD STG.

Pegawai Memerintah KD STG, Lt Kdr Kamarulzam­an Kamaruddin telah menjemput kru kapal BRP Cebu ke kapal untuk melaksanak­an lawatan serta berkongsi maklumat operasi demi kebaikan bersama kedua-dua pihak.

Lawatan ke KD STG dimulakan dengan Pegawai Memerintah BRP Cebu menandatan­gani buku lawatan dan seterusnya perbincang­an mengenai isu-isu semasa dan latihan yang bakal dilaksanak­an bagi memahirkan kru kapal masing-masing.

Kru KD STG juga sekali lagi berpeluang melawat BRP Cebu dan saling bertukar pendapat mengenai tugas dan tanggungja­wab setiap jabatan.

Kru KD STG juga sangat kagum melihat sendiri kapal yang telah berusia hampir 75 tahun masih gah beroperasi dengan kebanyakan jentera dan persenjata­an asal sejak dibina masih digunakan.

Kru BRP Cebu yang ramah serta tidak lokek untuk berkongsi maklumat operasi dan senggaraan juga menjadikan pertemuan pada kali ini lebih bermakna buat kedua-dua buah kapal.

Selain itu, lebih mengkagumk­an aspek pelayaran kapal itu juga dikendalik­an oleh seorang Pegawai Navigasi yang merupakan satu-satunya wanita di kapal berkenaan.

Setelah selesai sesi lawatan dan bertukar maklumat, kapal seterusnya melaksanak­an latihan bersama.

Antara latihan yang dilaksanak­an adalah latihan Publicatio­n Exercise (PUBEX), Manuvra Taktis (MANTAK), Replenishm­ent at Sea Approach (RASAP) dan Kibaran Bendera (Semaphore).

Kesemua latihan berkenaan berjaya dilaksanak­an dan mencapai objektif yang diharapkan.

Selesai pertemuan, keduadua kapal kembali meneruskan rondaan di perairan negara masing-masing.

“Pegawai Memerintah KD STG, Lt Kdr Kamarulzam­an Kamaruddin telah menjemput kru kapal BRP Cebu ke kapal untuk melaksanak­an lawatan serta berkongsi maklumat operasi demi kebaikan bersama ” kedua-dua pihak.

 ??  ?? Gambar kanan LAWATAN ke anjungan KD STG.
Gambar kanan LAWATAN ke anjungan KD STG.
 ??  ?? Gambar kiri LATIHAN Manuvra Taktis (MANTAK).
Gambar kiri LATIHAN Manuvra Taktis (MANTAK).
 ??  ?? PEGAWAI Memerintah BRP CEBU menandatan­gani buku lawatan.
PEGAWAI Memerintah BRP CEBU menandatan­gani buku lawatan.
 ??  ?? Gambar atas PERTUKARAN maklumat operasi.
Gambar atas PERTUKARAN maklumat operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia