Utusan Borneo (Sabah)

Trump akan umum calon hakim baharu 9 Julai

Pakar, penggubal undang-undang jangka nasib hak reprodukti­f wanita jadi taruhan

-

MORRISTOWN: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin berkata beliau akan mengumumka­n calonnya untuk menjadi hakim baharu Mahkamah Agung AS pada 9 Julai, satu keputusan dengan implikasi bersejarah bagi masa depan negara.

“Saya sudah mengurangk­annya kepada kira-kira lima calon, termasuk dua wanita,” kata Trump kepada pemberita yang menaiki pesawat Air Force One bersamanya dalam penerbanga­n ke New Jersey.

“Saya suka semua mereka,” kata Trump.

Tempat di atas bangku sembilan hakim berkenaan terbuka ekoran pengumuman mengenai persaraan Hakim Anthony Kennedy, yang selama bertahun-tahun telah bertindak sebagai undi untuk memecah kebuntuan di antara hakim dengan hakim konservati­f.

Dengan mencalonka­n penggantin­ya, Trump berpeluang untuk mengalihka­n mahkamah tinggi ke sebelah kanan.

Pakar dan penggubal undang-undang telah menyatakan nasib hak reprodukti­f wanita di AS mungkin akan menjadi taruhan, kerana hakim baharu yang konservati­f berpotensi­untukmembe­rikan sokongan yang memadai bagi membatalka­n keputusan mahkamah yang bersejarah pada 1973 untuk menegakkan hak penggugura­n.

Namun Trump berkata beliau tidak akan bertanya secara langsung kepada calon tentang pendirian mereka mengenai keputusan Roe lwn Wade.

“Saya tidak akan mengajukan soalan itu kepada mereka,” kata Trump.

Sewaktu kempen pilihan raya pada 2016, Trump berkata beliau akan cuba meletakkan seorang “hakim prokehidup­an di mahkamah”.

Tiga wanita kini berkhidmat sebagai hakim: Ruth Bader Ginsburg, Sonia Sotomayor dan Elena Kagan. Semua mereka dilantik oleh presiden Demokrat.

Wanita keempat untuk menjadi hakim bermakna satu rekod bagi AS.

Trump menyatakan beliau akan memilih pengganti Kennedy dari senarai 25 orang.

Beliau berkata satu atau dua prospek mahkamah kemungkina­n besar akan datang ke kelabnya di Bedminster, New Jersey “hanya untuk satu wawancara” pada hujung minggu ini, dan beliau menjangka akan menyoal “enam atau tujuh” calon pada keseluruha­nnya.

Pengumuman mengenai persaraan Kennedy pada Rabu lepas memberi peluang kepada Trump untuk meletakkan hakim kedua di mahkamah yang amat penting itu.

Calon pertamanya Neil Gorsuch disahkan oleh Senat AS pada tahun lepas.

JikaTrumpm­engumumkan pilihannya seperti yang diiklankan pada 9 Julai, ia menandakan hanya 13 hari sahaja selepas pengumuman Kennedy.

Sebaliknya presiden ketika itu Barack Obama mengambil masa lebih sebulan selepas kematian hakim konservati­f Antonin Scalia pada Februari 2016 untuk mencalonka­n pengganti, Merrick Garland. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? TRUMP ketika sidang media di Washington. Gambar AFP/Reuters
TRUMP ketika sidang media di Washington. Gambar AFP/Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia