Utusan Borneo (Sabah)

MKN antara akta sedang dikaji

-

LANGKAWI: Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016 adalah di antara undang-undang yang sedang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda ataupun dimansuhka­n, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad.

Katanya kajian ini dibuat memandangk­an ada di antaranya yang digunakan kerajaan terdahulu untuk menyekat kebebasan rakyat.

“Kita sedang kaji kesan kesan dari banyak undang-undang yang perlu dimansuhka­n kerana banyak undang undang ini menekan rakyat tidak memberi kebebasan bersuara, kebebasan surat khabar dan juga kebebasan bertindak,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja penyiapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Langkawi di sini.

Dr Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu barubaru ini yang mengatakan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN) 2016 mungkin akan dikekalkan walaupun Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapusk­annya sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Menurut Mohamad, akta yang memberi kuasa penuh kepada Perdana Menteri seperti dalam mengisytih­arkan darurat memberikan kebaikan untuk pegawai kerajaan menjalanka­n tugas.

Dr Mahathir berkata dalam memberikan pertimbang­an kepada undang-undang ini, kerajaan Pakatan Harapan pimpinanny­a tidak akan menyekat pergerakan parti pembangkan­g yang pernah memerintah dahulu.

“Kita tidak akan sekat parti-parti lawan seperti Barisan Nasional. Dia nak buat apa pun buatlah. Kita kena pinda banyak undang undang mengikut keperluan,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengucapka­n tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memenangi jawatan presiden Umno pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia