Utusan Borneo (Sabah)

LAPOR KE PEJABAT KESIHATAN

Jika peruncit jual jenama produk sardin ada cacing

-

TUARAN: Pengguna di Sabah diminta membuat laporan ke Pejabat Kesihatan berhampira­n sekiranya mendapati masih ada peruncit menjual jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandung­i cacing.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata ini penting bagi membolehka­n pihak jabatan membuat pemeriksaa­n dan pemantaun secara berterusan berhubung perkara itu.

“Jabatan Kesihatan Sabah turut menjalanka­n pemeriksaa­n amaran makanan mengenai kehadiran cacing dalam ikan sardin (dalam tin) yang diimport daripada luar negara. Kita sudah mengetahui jenama produk itu dan meminta penjual menarik balik produk terbabit daripada dipamerkan untuk jualan.

“Bagaimanap­un, pengguna boleh membuat laporan ke pejabat kesihatan berhampira­n jika masih ada penjual atau peruncit yang tidak mengambil tindakan berbuat demikian atau terbeli produk (ikan sardin dalam tin) jenama lain dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Pada 14 Mei lepas, Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia dilaporkan menemui cacing yang boleh menyebabka­n penyakit anisakiasi­s kepada manusia di dalam sampel tin sardin dari China jenama RANESA.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandung­i bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Beliau berkata Enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia