Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak dipanggil berbincang isu perkahwina­n kanak-kanak perempuan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memanggil semua pihak berkaitan hari ini untuk mencari kaedah terbaik menangani isu perkahwina­n kanakkanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan.

Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga itu berkata antaranya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Mahkamah Syariah serta semua agensi dan jabatan kerajaan terlibat.

“Pertemuan ini dilakukan supaya kita dapatkan keputusan yang terbaik untuk kanak-kanak perempuan terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad.

Menurutnya, kepentinga­n itu perlu diambil-kira dalam membuat pertimbang­an sewajarnya untuk memastikan hak-hak anak yang sepatutnya, dapat dijaga dengan baik.

Ditanya berhubung pembekuan akaun bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) pula, Wan Azizah berkata arahan sudah diberikan kepada pegawainya untuk menyiasat hal itu.

“Saya diberitahu ini adalah masalah dalaman dengan bank itu sendiri, kerajaan tidak terlibat jadi saya kira (isu) ini bolehlah diselesaik­an dengan cara yang terbaik,” katanya.

Beliau mengaku tidak mengetahui jika isu TAFF mempunyai kaitan dengan siasatan 1MDB kerana tidak ada campur tangan politik dalam siasatan 1MDB.

Katanya 1MDB disiasat oleh sebuah badan bebas tanpa penglibata­n kerajaan, namun jika ada dana kerajaan terlibat, mestilah dikembalik­an kepada rakyat Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew yang juga Ahli Parlimen Tawau dan Pembantu Menteri Kewangan Sarifuddin Hata mewakili Ketua Menteri.

 ??  ?? WAN AZIZAH menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad. Turut kelihatan, Christina (kanan) dan Sarifuddin (kiri).
WAN AZIZAH menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena Majlis Himpunan Merdeka Rakyat dan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tawau di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad. Turut kelihatan, Christina (kanan) dan Sarifuddin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia