Utusan Borneo (Sabah)

Isu pemilikan tanah DUN Karambunai akan terus diperjuang­kan

Isu pemilikan tanah DUN Karambunai akan diperjuang­kan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Isu pemilikan tanah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai akan terus diperjuang­kan bagi memastikan masyarakat sekitarnya dapat hidup dalam keadaan baik dan selesa.

Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Azhar Matussin berkata, banyak kawasan setinggan di Karambunai perlu diwartakan sebagai kawasan perkampung­an.

“Perkara yang menyedihka­n adalah masih terdapat perkampung­an yang telah wujud sejak lebih 90 tahun lalu namun masih belum diwartakan.

“Pewartaan perkampung­an ini perlu dilaksanak­an bagi memastikan semua peruntukan kerajaan negeri terutama penyaluran bekalan air bersih dapat dilakukan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Aidilfitri Bersama Penduduk Kampung Kibagu, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, kemudahan asas lain seperti elektrik, pembaikan dan penyediaan kawasan rekreasi juga perlu dilaksanak­an.

Katanya, kerajaan negeri sangat prihatian terhadap permasalah­an rakyat dan yakin bahawa di bawah kepimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dapat memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Azhar yang juga Adun Karambunai berkata, acara sambutan perayaan yang dapat mengeratka­n hubungan di antara penduduk perlu sentiasa diadakan.

“Saya menyaranka­n sambutan Hari Raya di kawasan ini dapat dijadikan acara tahunan memandangk­an ia memberi manfaat yang baik dalam memastikan hubungan silaturahi­m kukuh dalam kalangan penduduk,” katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sepanggar Salleh Abdullah.

“Pewartaan perkampung­an ini perlu dilaksanak­an bagi memastikan semua peruntukan kerajaan negeri terutama penyaluran bekalan air bersih dapat dilakukan.

AZHAR MATUSSIN Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian

 ??  ?? AZHAR (duduk, empat kiri) bersama para tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
AZHAR (duduk, empat kiri) bersama para tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia