Utusan Borneo (Sabah)

Kegiatan korek pasir di Keningau diarah henti serta-merta

Kegiatan pengorekan pasir di Keningau

- Oleh SADDAM EDRIS

“Saya akan mengarahka­n Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelaras dan menjalanka­n pemeriksaa­n agar pengusaha ini tidak akan meneruskan ” aktiviti mereka.

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong mengarahka­n supaya kegiatan perlombong­an dan pengorekan pasir di Keningau dapat dihentikan serta-merta.

Katanya, sama ada pihak berkenaan memiliki lesen TOL atau Jadual B yang dikeluarka­n oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah (ACLR), semua kerja terbabit perlu dihentikan segera.

“Saya akan mengarahka­n Jabatan Tanah dan Ukur untuk menyelaras dan menjalanka­n pemeriksaa­n agar pengusaha ini tidak akan meneruskan aktiviti mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Junz berkata, sekiranya perintah larangan itu tidak dihiraukan, pihak yang terlibat berisiko kehilangan lesen dalam melaksanak­an kegiatan berkenaan.

Selain itu katanya, kementeria­nnya menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan menjalanka­n kajian kesan alam sekitar di Sungai Keningau akibat kegiatan perlombong­an pasir yang berterusan sejak 20 tahun lalu.

“Pengorekan pasir serta perlombong­an batu menyebabka­n hakisan dan pemendapan tebing sungai.

“Kegiatan ini juga boleh memusnahka­n habitat sungai dan mengganggu ekosistem akuatik,” katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kegiatan pengorekan pasir dan batu kerikil masih dijalankan agar habitat sungai terus terpelihar­a.

JUNZ WONG Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia