Utusan Borneo (Sabah)

‘Ant-Man and the Wasp’ filem adiwira wanita pertama Marvel

Filem adiwira wanita pertama Marvel

- Oleh Frankie Taggart

MEREKA mencipta sejarah dan mengaut AS$1 bilion (RM3.7 bilion) dengan adiwira tajuk filem pertama yang berkulit gelap dalam ‘Black Panther’ – sekarang bintang dan golongan kreatif dalam Marvel mengulangi cara itu untuk kesamarata­an jantina.

‘Ant-Man and the Wasp’, sekuel kepada ‘Ant-Man’ pada 2015, merupakan penerbitan ke-20 dalam tempoh sedekad dari siri filem buku komik Marvel Cinematic Universe (MCU), dan filem pertama yang memaparkan seorang wanita dalam tajuk filem.

“Kami memang tahu selama ini bahawa filem seterusnya ialah adalah ‘Ant-Man and the Wasp’,” kata Kevin Feige, presiden Marvel Studios milik Disney, kepada AFP di hari media global untuk filem itu di Pasadena, selatan California baru-baru ini.

“Akhirnya masa sudah tiba untuk melihat dia memakai sut dan menjadi wira yang dia sebut sebelum ini.”

Filem pada 2015 memaparkan Hope van Dyne lakonan Evangeline Lilly sebagai seseorang yang mahu menjadi adiwira dan dia kembali dalam filem ini dalam keadaan lebih lurus, lebih kejam dan bersedia untuk tampil pada kedudukan yang sama rata dengan Ant-Man lakonan Paul Rudd.

Lilly memberitah­u AFP rancangan mereka adalah untuk memperkena­lkan cerita asal The Wasp dalam filem Marvel pada 2016 ‘Captain America: Civil War’ bersama Ant-Man dan Avenger lain.

“Saya menerima panggilan yang menyebut, ‘Kami telah memutuskan untuk tidak memasukkan anda dalam Civil War’ dan terdapat saat ini, saya dapat merasakan, di mana perasaan di dalam bilik ialah seperti ‘Maafkan saya – jangan rasa tersinggun­g’,” katanya.

“Saya bertanya, ‘Adakah mereka akan memberi filem kepada saya? Adakah itu yang mereka maksudkan?’ Dan mereka kata,

‘Kami sebenarnya mahu mengabadik­an sebuah filem bagi memperkena­lkan adiwira wanita ini dan kami tidak mahu dia menjadi sekadar nota sampingan.”

- ‘Keseronoka­n yang gila’ Kejutan

daripada ‘doublebill­ing’ berlaku kemudian apabila Marvel mengirim gambar skrin dengan The Wasp dalam tajuk.

Premis di sebalik ‘Ant-Man’ adalah sangat mudah: Scott Lang, seorang penjenayah kecil-kecilan yang amat baik hati, dapat menjadi sangat besar atau kecil tahap kuantum menerusi sebuah sut yang memanipula­si partikel sub-atomnya.

‘Ant-Man and the Wasp’ – yang diarah oleh Peyton Reed seperti filem pertama – menyaksika­n Lang meringkuk dalam tahanan rumah di San Francisco selepas ditangkap sebagai personalit­i adiwiranya yang lain dan menentang beberapa Avenger lain dalam ‘Civil War’.

Dalam usahanya untuk mengimbang­i semula kehidupann­ya di rumah dengan tanggungja­wabnya sebagai Ant-Man, dia didatangi Van Dyne dan bapanya, pakar fizik kuantum yang hebat, Hank Pym, dengan satu misi baharu yang segera.

Filem asal dikagumi pengkritik tetapi ia merupakan salah satu penerbitan MCU yang paling tidak berjaya di box office seluruh dunia.

Perkara itu sebenarnya tidak bermakna langsung apabila saingan adalah filem Marvel yang lain – ia masih mengaut keuntungan global melebihi AS$500 juta.

‘Ant-Man and the Wasp’ dijangka mengadakan tayangan pembukaan dalam negara dengan kutipan kira-kira AS$75 juta pada hujung minggu 6 Julai – satu peningkata­n yang banyak berbanding AS$57 juta yang dikaut oleh filem pertama.

Reaksi awal dalam media sosial dari tayangan pratonton ternyata hampir indah sepenuhnya.

“‘Ant-Man and The Wasp’ adalah keseronoka­n yang gila. Sangat serba lengkap, tetapi melimpah dengan tenaga, dan penuh dengan kejutan yang hebat dan kreatif,” tweet pengkritik CinemaBlen­d, Eric Eisenberg.

“Amat lucu sekali, dan seluruh barisan pelakon hebat belaka. Saya seronok sekali!”

Rudd (‘Anchorman’, ‘Forgetting Sarah Marshall’) dan Lilly (‘The Hobbit: Battle of the Five Armies’, ‘Lost’) disertai barisan pelakon pembantu yang berjaya, termasuk pemenang anugerah Oscar, Michael Douglas, dan dua calon Oscar, Michelle Pfeiffer dan Laurence Fishburne.

Michael Pena (‘The Martian’, ‘Chips’) kembali untuk memberi kebanyakan kelucuan di sisi Walton Goggins (‘Vice Principals’) dan Bobby Cannavale (‘I, Tonya’).

Bukan hanya lelaki (dan wanita) baik yang inklusif: Ghost, lakonan aktres British, Hannah John-Kamen, mengikuti Cate Blanchett (‘Thor: Ragnarok’) sebagai seorang penjahat hebat sepenuhnya yang unik.

“Saya adalah penjahat wanita kedua dalam Marvel Universe,” kata John-Kamen kepada AFP dalam acara sampingan di sidang akhbar berkenaan.

“Dengan Ghost, ia adalah satu watak lelaki dalam buku komik dan ia direka sebagai lelaki, tetapi untuk menjadi orang pertama yang mengeluark­an dari muka surat dan benar-benar memberi nyawa kepadanya, ia adalah satu penghormat­an.”

Filem itu – satu adunan yang membeliak mata di antara aksi pertarunga­n rumit, aksi kejar-mengejar yang menakjubka­n dan komedi mesra keluarga yang ketawa terbahak-bahak – turut ditulis oleh Rudd.

Sama seperti kebanyakan filem Marvel, kebanyakan penggambar­an dibuat di Pinewood Atlanta Studios dan sekitarnya di Georgia.

“Saya cuba memikirkan filem itu pada keseluruha­nnya, tetapi saya akan menyatakan perkara ini: ini adalah satu usaha kolaborati­f yang lebih daripada mana-mana perkara yang pernah saya usahakan,” kata Rudd yang tidak suka menonjol diri.

“Untuk memikirkan asya menulisnya adalah satu kenyataan yang terlalu melampau.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PAUL RUDD
PAUL RUDD
 ??  ?? EVANGELINE LILLY
EVANGELINE LILLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia