Utusan Borneo (Sabah)

Lagi tiga warga asing dan juragan ditangkap

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Tiga lagi warga asing dan seorang juragan bot yang cuba memasuki daerah ini secara curi-curi berjaya dikesan dan ditangkap menerusi Operasi Gelora Khas (Aidilfitri).

Ketiga-tiga warga asing terdiri daripada seorang perempuan (22) serta dua lelaki (15 dan 17) itu ditahan bersama juragan bot, seorang lelaki warga tempatan, 28.

Pegawai Pemerintah PPM Tawau DSP Mohd Nazri Ibrahim berkata penahanan itu dibuat pada Ahad, kira-kira jam 12 tengahari berhampira­n Jeti Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin (lama).

“Juragan yang ditahan didapati membawa lima penumpang (dua memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tiga lagi tidak mempunyai sebarang dokumen),” katanya.

Katanya ketiga-tiga penumpang yang ditahan mengaku secara lisan terpaksa membayar bot RM 150 seorang berbanding harga biasa antara RM10 dan RM20.

Nazri berkata, dua lagi penumpang yang mempunyai dokumen pengenalan diri diarah meneruskan perjalanan, manakala empat yang lain termasuk bot dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.

“Kita turut menahan enjin sangkut bot berkenaan yang berkapasit­i 40 kuasa kuda,” katanya sambil memberitah­u kesemua tangkapan diserah kepada IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata penahanan kesemua tangkapan termasuk bot dan enjin dibuat mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (Akta Atipsom 2007/2010).

Untuk rekod, pada Jumaat, 18 warga asing ditangkap di kawasan laut penempatan air Batu 4 Jalas Apas ketika cuba memasuki daerah ini secara curi-curi dengan menaiki sebuah bot laju.

 ??  ?? PPM Tawau menahan bot dinaiki tiga warga asing yang disyaki cuba mendarat secara curi-curi di Jeti Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin (lama).
PPM Tawau menahan bot dinaiki tiga warga asing yang disyaki cuba mendarat secara curi-curi di Jeti Pusat Pemeriksaa­n Kastam, Imigresen dan Kuarantin (lama).
 ??  ?? KESEMUA warga asing dan juragan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.
KESEMUA warga asing dan juragan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia