Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar perlu lebih berusaha gigih

-

KOTA BELUD: Jika inginkan perubahan hidup ke arah yang lebih sempurna pada masa akan datang, seseorang individu haruslah berusaha lebih gigih untuk cemerlang dalam bidang pelajaran.

Ahli Parlimen Kota Belud Isnairaiss­ah Munirah Majilis berkata, ibu bapa perlu menjadi pemangkin utama dalam menggerakk­an minat anak-anak mereka menuntut ilmu, apatah lagi dunia pada hari ini memerlukan individu yang berminda cemerlang.

Menurutnya, meskipun SK Ulu Kukut tergolong dalam kategori SKM (Sekolah Kurang Murid) namun pencapaian sekolah itu dalam peperiksaa­n UPSR tahun lalu amat memberangs­angkan apabila menjadi salah sebuah sekolah ‘Top Ten’ yang mempunyai keputusan terbaik di Kota Belud.

“Pendidik dan pelajar sudah memberikan yang terbaik untuk prestasi sekolah ini, justeru saya berharap tradisi ini dapat diteruskan pada masa depan. Jika ini berlaku, saya akan usulkan kepada pihak berkenaan agar mereka yang berjaya di sekolah ini diberikan biasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh PIBG Ulu Kukut dengan kerjasama PSBS (Persatuan Sastera dan Bahasa Sabah) di Dewan Terbuka SK Ulu Kukut pada Sabtu.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud, Ketua Unit Jaminan Kualiti PPD Kota Belud Supari Jumin, Guru Besar SK Ulu Kukut merangkap Presiden PSBS Norawi Hj Kata dan YDP PIBG SK Ulu Kukut Mokilou Rudin.

Munirah berkata, bangunan SK Ulu Kukut yang diisytihar­kan sebagai bangunan tidak selamat oleh JKR dua tahun lalu akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada kerajaan baharu.

“Berikan kami (kerajaan Pakatan Harapan) masa dan peluang untuk melakukan yang terbaik, kerana Roma pun tidak dibina dalam masa sehari. Saya percaya bidang pendidikan akan lebih bersinar jika kita semua berganding bahu memper kasakannya,” katanya.

 ??  ?? MUNIRAH menerima cenderamat­a daripada Norawi sambil diperhatik­an oleh Mokilou.
MUNIRAH menerima cenderamat­a daripada Norawi sambil diperhatik­an oleh Mokilou.
 ??  ?? NORAWI (dua dari kiri) menerangka­n sesuatu kepada Munirah.
NORAWI (dua dari kiri) menerangka­n sesuatu kepada Munirah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia