Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan alu-alukan pembinaan hospital pakar swasta di Sandakan

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan mengalu-alukan pembinaan hospital pakar swasta di Sandakan bagi menampung keperluan masyarakat di bandar itu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong berkata, pelbagai permintaan daripada pihak-pihak berkaitan telah disampaika­n kepada beliau agar mencari jalan bagi mengembang­kan hospital pakar swasta di bandar itu.

“Saya berharap perkara itu dapat direalisas­ikan secepat mungkin kerana Sandakan mengalami kekurangan pakar dalam perubatan.

“Saya juga memuji usaha yang dilakukan oleh Gleneagles Kota Kinabalu untuk terus membantu mengurangk­an bebanan hospital kerajaan di sini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ulang Tahun Ke-3 Gleneagles Kota Kinabalu dan Sambutan Hari Raya bersama Kanak-Kanak Ceria dan Cemerlang, di sini pada Ahad.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri turut memuji hospital swasta itu yang sentiasa melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles Kota Kinabalu Noel Cheah berkata, sebanyak lima organisasi bukan kerajaan telah menerima sumbangan RM1,000 setiap satu.

“Antaranya adalah Persatuan CHILD Sabah, Sabah Cheshire Home, Persatuan Sindrom Down Kota Kinabalu, Matahari Interventi­on Centre dan Pusat Seri Mengasih,” katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Mohd Ferous Alias serta 70 kanak-kanak dan para ibu bapa.

STEPHEN menyempurn­akan gimik perasmian sambil diperhatik­an oleh Noel (dua kanan) dan Ferous (kanan).

 ??  ?? NOEL (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang wakil penerima sambil diperhatik­an oleh Stephen (tiga kiri).
NOEL (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang wakil penerima sambil diperhatik­an oleh Stephen (tiga kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia