Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran tanggungja­wab sosial

Penglibata­n pelajar universiti dalam aktiviti kemasyarak­atan penting

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Penglibata­n bakal graduan dalam aktiviti kemasyarak­atan penting bagi meningkatk­an kesedaran terhadap tanggungja­wab sosial agar mampu menjadi insan yang lebih berjiwa komuniti di masa hadapan.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, penglibata­n 13 pelajar separuh masa dari Sarjana Pentadbira­n Perniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam aktiviti kemasyarak­atan mampu memberikan mereka ilmu yang baik.

“Selama tiga hari pelajarpel­ajar ini meninggalk­an keluarga mereka di Semenanjun­g dan bergotongr­oyong membersih, membaikpul­ih dan menaik taraf Dewan Kampung Putaton bagi keselesaan penduduk di sini atas kesedaran tanggungja­wab sosial.

“Banyak yang boleh kita pelajari melalui program hari ini, seperti berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapk­an balasan serta tanpa mengira agama dan bangsa,” katanya ketika merasmikan Program Inisiatif Corporate Social Responsibi­lity Health Education Awareness Lifting Society (H.E.A.L.S), di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh wakilnya Fazar Ariff.

Jenifer yang juga Adun Moyog berkata, amalan itu dapat memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam menjayakan program seumpamany­a.

“Besar harapan saya agar para peserta mendapat ilmu dan manfaat melalui program kali ini. Seperti yang boleh kita lihat, kawasan persekitar­an dewan telah dicantikka­n dan dibersihka­n dengan baik.

“Bilik dewan serbaguna turut dinaiktara­f sebagai Perpustaka­an Mini EduCentre dengan kemudahan komputer riba, projektor LCD, buku-buku serta akses kepada eTutor Utusan bagi kemudahan anak-anak penduduk Kg Putaton,” katanya.

Katanya, program itu juga dapat melaksanak­an pemeriksaa­n kesihatan dan konsultasi secara percuma selain mampu memberi impak berpanjang­an dengan adanya kemudahan lengkap perpustaka­an itu.

Beliau berharap kemudahan yang diwujudkan itu dijaga dan dimanfaatk­an oleh penduduk kampung dengan sebaiknya.

“Banyak yang boleh kita pelajari melalui program hari ini, seperti berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapk­an balasan serta tanpa mengira agama dan bangsa.

JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? FAZAR memalu gong sebagai tanda rasminya program itu.
FAZAR memalu gong sebagai tanda rasminya program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia