Utusan Borneo (Sabah)

SMK St Francis Convent johan pertanding­an perbicaraa­n

- - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sepasukan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent muncul johan Pertanding­an Perbicaraa­n Mahkamah Olok-Olok (Mock Trial) antara sekolah menengah, di sini pada Ahad.

SMK St Francis Convent berjaya menewaskan tiga peserta akhir iaitu SMK La Salle, SM Sung Siew Sandakan dan SMK Tawau.

Tempat kedua dimenangi SMK Tawau sementara SM Sung Siew dan SMK La Salle masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.

Menurut Pengarah Griffith Universiti Prof Madya Sven Schottmann, para pelajar telah melakukan yang terbaik dalam pertanding­an itu yang mendapat kerjasama daripada Market Management Services Sdn Bhd (MMS) dan Sabah Law Society (SLS).

“Kami sangat kagum dengan kualiti yang ditunjukka­n oleh kesemua pasukan. Ini adalah pertama kali Griffith University menganjurk­an pertanding­an seumpamany­a di Sabah,” katanya ketika ditemui pada pertanding­an itu yang diadakan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Beliau berkata, pertanding­an diadakan sebagai satu usaha mewujudkan kesedaran dalam diri golongan muda Sabah agar berminat untuk menceburi bidang perundanga­n.

Katanya, setiap pasukan diberikan satu kes untuk diselesaik­an yang mana para peserta mempunyai tempoh sebulan membuat persediaan kecuali hanya 36 jam diberikan kepada mereka yang berjaya memasuki peringkat akhir.

Secara keseluruha­n, sebanyak 16 pasukan dari Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau telah menyertai pertanding­an itu dan tiga pasukan teratas akan bertanding untuk meraih hadiah kemenangan iaitu wang tunai RM6,000.

 ??  ?? PARA pemenang merakam gambar kenangan selepas pertanding­an itu.
PARA pemenang merakam gambar kenangan selepas pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia