Utusan Borneo (Sabah)

Op Harapan: lebih 1,000 anggota polis ronda bandar besar

-

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatka­n lebih 1,000 anggotanya di 23 kawasan tumpuan orang ramai di seluruh negara dalam Op Harapan bagi melaksanak­an aktiviti pencegahan jenayah.

Operasi yang julung kali diadakan itu turut melibatkan lima unit PDRM iaitu Unit Pergerakan Udara, Unit Berkuda, Pasukan Polis Marin, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU).

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata Op Harapan merupakan inisiatif PDRM dalam mengurangk­an kadar jenayah jalanan.

“Mereka (anggota) akan ditempatka­n di bandarband­ar besar seperti di Damansara, Kajang, Ipoh, serta Bandar Melaka yang menjadi tumpuan orang ramai dan akan melakukan rondaan berjalan kaki serta beramah mesra dengan penduduk setempat. Ia bertujuan untuk menampakka­n kehadiran anggota polis di lapangan.

Selain itu, kita turut mengerakka­n Unit Udara serta Unit Berkuda dalam melakukan rondaan berkala di kawasan tumpuan ini. Kita mahu masyarakat merasa selamat ketika berada di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Op Harapan di sebuah pusat membeli belah di sini, Ahad yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor Datuk Seri Mazlan Mansor.

Menurut Zulkifli, operasi berkenaan dilaksanak­an selama sebulan sebagai tempoh percubaan sebelum ia dilanjutka­n dengan meliputi kawasan rondaan yang lebih luas.

Sementara itu empat daerah di Sarawak, iaitu Kuching, Padawan, Sibu dan Miri terlibat dalam Op Harapan yang bermula serentak di seluruh negara pada Ahad.

Di Kuching, majlis pelancaran operasi berkenaan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching (Operasi) Supt Abang Junaidi Abang Anuar.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran operasi itu di Kuching pada Ahad, Abang Junaidi berkata di Kuching operasi berkenaan ditumpukan di dua lokasi, iaitu di kawasan Segi Tiga Emas (kawasan Padungan dan Bukit Mata) dan Metro City di Petra Jaya.

Sementara itu di Miri, polis menyasarka­n penguranga­n kadar kes jenayah terutama sekali kes pecah rumah dan curi kenderaan untuk bandar raya Miri dengan melancarka­n ‘Op Harapan’ mulai Ahad.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (BPJKK) Miri DSP Rosley Hobden berkata, buat permulaan pada fasa pertama kawasan perumahan Permyjaya akan menjadi tumpuan operasi rondaan operasi itu kerana terdapat peningkata­n dalam kes yang berkenaan sebelum operasi ini diperluask­an ke tempat lain.

“Op Harapan ini adalah ilham Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan menurunkan kadar jenayah di kawasan dikenal pasti indeks jenayah meningkat dan untuk Miri kawasan Permyjaya menunjukka­n statistik peningkata­n dari tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Op Harapan di Taman Ceria Permyjaya pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia