Utusan Borneo (Sabah)

Tiada unsur jenayah membabitka­n perkahwina­n kanakkanak di Gua Musang

-

KOTA BHARU: Polis Kelantan menolak kemungkina­n unsur jenayah membabitka­n perkahwina­n seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berumur 41 tahun yang tular di media sosial ketika ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata siasatan mendapati tiada sebarang unsur ugutan, paksaan atau rayuan mahupun pedofilia terhadap kanak-kanak tersebut untuk berkahwin dengan suaminya.

“Siasatan kes berkenaan dibuka selepas kami menerima laporan polis yang dibuat oleh isteri kedua lelaki tersebut yang berumur 34 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang pada Sabtu.

“Kes berkenaan bagaimanap­un diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan difahamkan ia kini disiasat dibawa h Enakmen Undang Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan wanita berusia bawah 18 tahun,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Ahad.

Beliau berkata suami kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan peraih getah sekerap tidak ditahan untuk siasatan dan masih bebas kerana perkahwina­n itu dipersetuj­ui oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang unsur jenayah.

Katanya, bagaimanap­un polis akan membuat semakan terhadap taraf kewarganeg­araan, status penduduk tetap ataupun dokumen perjalanan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukka­n seorang lelaki melangsung­kan perkahwina­n dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas selepas perkara itu dikongsika­n oleh isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapa­t ia tidak sepatutnya berlaku.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia