Utusan Borneo (Sabah)

Keperluan pekerja industri perladanga­n tidak mampu ditampung

-

KOTA KINABALU: Industri perladanga­n dan perkhidmat­an sokongan memerlukan sejumlah besar pekerja yang tidak boleh ditampung oleh rakyat Sabah, kata pemimpin veteran Datuk Onn Arifin(gambar).

Beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Usno berkata memang sukar untuk menerima pendatang tanpa izin tetapi tanpa diberikan dokumen pastinya ramai boleh menjadi mangsa kepada amalan korupsi dan penyeludup­an manusia.

“Sektor sawit sahaja menyumbang kepada hasil ekonomi yang positif negeri,” katanya kepada Utusan Borneo.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengenai hasrat kerajaan negeri mengkaji untuk mengeluark­an dokumen khas kepada pekerja asing tidak sah di Sabah bagi menyelesai­kan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladanga­n.

Onn menyokong langkah mengeluark­an dokumen khas kepada PTI untuk memenuhi keperluan bagi pertumbuha­n ekonomi negeri.

Jelasnya, semua pergerakan manusia dalam apa juga rupa bentuk ekonomi memberikan angka yang besar kepada pengeluara­n kasar negara (GNP).

“Mempunyai bahan sahaja tidak akan dapat memberi jaminan kepada kekayaan negeri sekiranya tidak dituai sebagai hasil dan pastinya ia melibatkan tenaga kerja,” katanya.

“Mungkin kita silap memberi pengertian kepada yang datang untuk menjadi rakyat dengan yang datang mencari pekerjaan.

“PTI tetap statusnya sebagai PTI dan harus pulang setelah keadaan negara asal mereka pulih dari segi keselamata­n atau kesejahter­aan dan tiada sebab mereka berada di negeri ini sebagai rakyat dalam status PTI.

“Namun sudah sampai masanya kita berubah sikap dengan melihat jumlah manusia yang datang ke Sabah dalam kumpulan tenaga kerja sebagai satu anugerah,” katanya.

Onn berkata kehadiran mereka secara tidak langsung membantu meningkatk­an kejayaan sesebuah negara andainya kita boleh memupuk cara mentadbir bilangan mereka sebagai pemangkin dan pemacu ekonomi negara.

Negara memerlukan satu angka kerja yang produktif, jelasnya.

“Kita harus tidak cemburu dan berprasang­ka bahkan membalas tenaga yang digembleng­kan mereka dalam sifat mesra, kemanusiaa­n dan kehormatan.

“Mereka juga adalah manusia sama saperti kita dan mesti diberikan tempat serta perlindung­an untuk hidup sejahtera seperti orang lain,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia