Utusan Borneo (Sabah)

20,000 disasar kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu peringkat kebangsaan

-

IPOH: Seramai 20,000 orang dijangka mengunjung­i majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2018 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Taiping, Jumaat depan.

Pengarah Media Bersatu Perak #PejaOfPera­k, Nizam Baharudin berkata majlis itu akan diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) bermula 3 hingga 6 petang.

“Seluruh rakyat Malaysia dan Perak dijemput hadir pada majlis ini kerana ia bukan hanya kepada anggota Bersatu sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Ahad.

Nizam berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir M oh a mad yang juga Pengerusi Bersatu dijangka hadir pada majlis tersebut selain Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin serta timbalanny­a Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu.

“Antara tetamu jemputan kehormat yang lain termasuk menteri-menteri kabinet, pimpinan tertinggi Bersatu dan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan,” katanya.

Selain itu, Nizam berkata Taman Tema Air BMLR juga dibuka secara percuma kepada semua pengunjung bermula 11 pagi hingga 9 malam.

Katanya pelbagai aktiviti diatur termasuk persembaha­n artis tempatan seperti Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, penyanyi dangdut Amelina selain Selendang Perak dan maskot Smurf yang dibawa khas daripada Movie Animation Park Studio (MAPS).

“Terdapat lebih 30 pilihan makanan di tiga stesen yang disediakan kepada pengunjung antaranya sate, lemang dan nasi impit,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang berhasrat untuk hadir agar datang lebih awal bagi mengelak kesesakan jalan raya.

“Dari tempat letak kereta, kita akan menyediaka­n bas pengantara tanpa henti bagi memudahkan pengunjung,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia