Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 8,000 pelajar Sabah sertai Kelab Doktor Muda

-

TUARAN: Seramai 7,968 pelajar di Sabah telah menjadi anggota terlatih Kelab Doktor Muda yang ditubuhkan di sekolahmas­ing-masing,dengan 6,677 orang daripadany­a adalah murid sekolah rendah.

Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata Kelab Doktor Muda hasil kerjasama Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Pendidikan bertujuan melahirkan pelajar sihat dan cergas, sekali gus berperanan memberi penerangan mengenai isu kesihatan selain mendedahka­n amalan gaya hidup sihat serta kecergasan fizikal kepada pelajar lain.

“Di Sabah, setakat ini, sebanyak 293 sekolah rendah dan 39 sekolah menengah telah menubuhkan Kelab Doktor Muda. Anggota kelab ini akan dibimbing oleh guruguru mereka yang telah dilatih dan mendapat input daripada Jabatan Kesihatan.

“Saya berharap semua sekolah di Sabah dapat meneruskan program ini pada masa akan datang kerana ia banyak memberi impak positif tidak hanya kepada anggota kelab tetapi juga masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Promosi Kesihatan Di Institusi Pendidikan( H e PILI) peringkat negeri di sini, pada Ahad.

Ketika berucap, Christina berkata pelaksanaa­n kelab doktor muda seumpama itu turut dilestarik­an ke institusi pengajian tinggi di Sabah menerusi Program Siswa Sihat (PROSIS) di Universiti Malaysia Sabah; tiga Institusi Pendidikan Guru dan satu di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

Kelab dan program itu dilihat mampu meyumbang ke arah mencapai aspirasi Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia terutama dalam aspek kemenjadia­n murid, katanya.

Mengenai Konvensyen HePILI, Christina berkata, ia adalah platform mempromosi aktiviti kecergasan secara meluas melalui pelbagai pertanding­an yang turut menilai kemampuan, kreativiti dan kemahiran doktor muda dalam menyampaik­an mesej kesihatan sekaligus mencungkil bakat baharu dalam bidang kecergasan.

Seramai 312 pelajar daripada 26 sekolah rendah dan menengah di Sabah menyertai konvensyen tiga hari itu yang antara lain mempertand­ingkan tokoh doktor muda, inovasi bahan bantu mengajar, projek bersama komuniti, projek intervensi doktor muda serta lompat tali dan senam sihat.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia