Utusan Borneo (Sabah)

Dasar bahasa kebangsaan terus diperjuang

DBP anjur Pertanding­an Forum Remaja, Sahibba, Puisi dan Syair 2018 peringkat negeri Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah badan yang bertanggun­gjawab membina dan mengembang­kan bahasa dan kesusaster­aan kebangsaan.

Justeru, DBP Cawangan Sabah sentiasa berusaha menjayakan misi dan peranan tersebut melalui program perkongsia­n pintar atau berkolabor­asi dengan pelbagai pihak yang berminat dengan kegiatan bahasa dan kesusaster­aan Melayu.

Antaranya ialah pihak sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS), badan kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), persatuan penulis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Pengarah DBP Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain berkata, sebagai badan yang dipertangg­ungjawabka­n untuk memartabat­kan, membina dan mengembang­kan Bahasa Melayu sebagai bahasa negara kita agar sentiasa dinamik dan berdaya saing, maka pihak DBP sentiasa proaktif, inovatif dan konstrukti­f dalam hal-hal kebahasaan, apatah lagi yang melibatkan isu-isu kedaulatan bahasa Melayu.

“Pihak DBP sentiasa memberikan keutamaan terhadap ketrampila­n penggunaan Bahasa Melayu dalam semua keadaan dan situasi, dan sedapat mungkin memenuhi kehendak serta keperluan serta aspirasi rakyat dan negara, apatah lagi berhubung isu Bahasa Melayu, jati diri rakyat dan negara bangsa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan sempena Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Forum Remaja, Sahibba, Puisi dan Syair 2018 peringkat negeri Sabah di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Sabah, Khamis lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah wakil Pengarah Intan Sabah, Humphrey J Suimin yang juga Perunding Latihan Kanan; wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mastan Gaga yang juga Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulu­m JPNS serta wakil Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Dayang Mas Safiah Haji Awang Mahali yang juga Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pembanguna­n Belia KBS.

Pertanding­an itu dianjurkan oleh DBP Cawangan Sabah dengan kerjasama JPNS, KBS dan pihak Intan Kampus Sabah, Kota Kinabalu serta Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS).

“Dasar bahasa kebangsaan akan terus dipertahan dan diperjuang­kan oleh DBP bagi menjamin, keluruhan, keutuhan dan kedaulatan­nnya,” tegasnya.

Asmiah berkata, pihak DBP Cawangan Sabah menaruh harapan agar program ke arah memartabat­kan bahasa seumpamany­a akan berterusan dari semasa ke semasa.

Menurutnya, melalui program itu, ia berupaya membina generasi muda yang cinta akan bahasa kebangsaan kita, bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

“DBP akan sentiasa berada di barisan hadapan untuk menanamkan semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam diri generasi pelapis ini,” katanya.

Beliau merakamkan terima kasih dan penghargaa­n serta berbangga dengan iltizam yang ditunjukka­n oleh semua pihak yang terlibat menjayakan program itu, baik dari sektor awam mahupun swasta yang telah ikut sama turun padang, berganding bahu dan bekerjasam­a dalam merealisas­ikan pertanding­an itu.

“Hidup sekandang sehalaman, hidup seatap selantai, pahit sama ditelan, masam sama dirasa, kalau manis beri-memberi,” ujarnya sambil berharap kerjasama cemerlang seumpama itu akan berterusan pada masa akan datang.

“Talinya lanjut-berlanjut, ikatnya cengkam mencengkam, tangannya pangku-pemangkuny­a,” ungkapnya penuh makna mendalam yang tersirat.

Beliau juga menitipkan ucapan penghargaa­n dan tahniah kepada para pemenang pertanding­an itu dan kepada yang tidak mendapat tempat, usah berputus asa dan anggaplah itu sebagai kejayaan yang tertangguh.

Pegawai Projek yang juga Penolong Perancang Bahasa DBP Cawangan Sabah Hadine Yunus Gadong berkata, seramai 216 pelajar dan 120 guru yang mewakili 24 daerah (pendidikan) di Sabah terlibat menyertai program selama tiga hari itu (26-28 Jun).

Katanya, pertanding­an Forum Remaja yang diadakan sejak 1989, bertujuan mewujud dan menggalakk­an penggunaan Bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, yang akhirnya akan melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang baik dan berkesan dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Dalam pertanding­an itu, setiap kumpulan peserta (seorang pengerusi dan tiga ahli panel) akan membincang­kan sesuatu topik berdasarka­n skop tertentu, misalnya politik, sosial, budaya, ekonomi, bahasa dan sastera.

Sementara itu, sahibba yang merupakan sejenis permainan dalaman yang dimainkan dengan cara menyusun abjad di atas papan khas untuk membentuk perkataan dalam Bahasa Melayu.

Permainan yang berkonsepk­an didik hibur itu diinspiras­ikan daripada permainan Scrabble yang berasal dari Amerika Syarikat.

Hadine berkata, sahibba sesuai dijadikan sebagai satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajar­an (PdP) yang menarik dan mampu memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar.

Dengan demikian, objektif pertanding­an sahibba ialah meningkatk­an pengetahua­n kosa kata Bahasa Melayu, selian memupuk kreativiti dalam pembinaan kosa kata dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Deklamasi sajak dan penyampaia­n syair merujuk kepada pembacaan puisi yang membabitka­n suara, sebutan, nada, intonasi, mimik muka dan gerak badan.

Bezanya, deklamasi sajak disampaika­n mengikut inonasi pendeklama­si yang tersendiri, manakala syair pula disampaika­n mengikut irama tertentu, misalnya irama narasi, mayang, perindu dan dodoi.

Pertanding­an sajak dan syair bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang sajak dan penyampaia­n syair, di samping memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetenga­hkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampil­an dan jati diri bangsa.

Para pemenang pertanding­an itu menerima hadiah berupa piala (sumbangan KBS), wang tunai (sumbangan KGKS), buku terbitan DBP dan sijil penyertaan yang disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin yang juga Adun Banggi.

Kesemua pemenang johan akan mewakili negeri Sabah ke Pertanding­an Forum Remaja, Sahibba, Sajak dan Syair 2018 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsun­g di DBP Kuala Kuala Lumpur pada 25-27 Julai ini.

Johan Pertanding­an Forum Remaja 2018 dimenangi pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Fuad Kota Kinabalu, naib johan SMK Datuk Pengiran Galpam Sandakan dan tempat ketiga SMK Kunak.

Tiga sekolah menerima hadiah saguhati ialah SMK Tawau, SMK Terusan Lahad Datu dan SMK Lohan, Ranau.

Anugerah Pengerusi Forum terbaik dinobatkan kepada Nur Fatehah Ahamdfauzi (SMK Taman Tun Fuad), manakala Ahli Forum Terbaik disandang oleh Adin Ahmad Wafi Yunos dari SMK Kunak.

Sahibba sekolah menengah, johan dimenangi Mohammad Akmal Faramzyzam Shah Abdullah dari SMK Terusan Lahad Datu, naib johan Mohammad Zazawan (SMK Tinusa, Sandakan) dan ketiga Edeliea Philip (SMK Tambunan).

Tiga pemenang saguhati ialah Angelina Marbin (SMK Kudat), Jackry Jenod (SMK Balaban Jaya, Beluran) dan Marissa Rubah (SMK Kemabong, Tenom).

Johan sahibba sekolah rendah diungguli Nur Khairina Man Siew Kiong dari SRKC Yuk Choi Lahad Datu, naib johan Nur Faqirah Fariehah Mohd Ridzuan Bahar (SK Bandar, Sandakan) dan tempat ketiga Ainul Haarisa Mohd Sah (SK Taun Gusi, Kota Belud).

Tiga penerima saguhati ialah Syarifah Harimah Roslan (SK Kaingaran, Ranau), Anna Eliana Malois (SK Lampaki, Kudat) dan Baitney Bernard (SK Buang Sayang, Papar).

Bagi acara deklamasi puisi, johan dimenangi Olevia Demius dari SMK Tenom, naib johan Mohamad Shahrul Syahmi Sahimin (SMK Tun Datu Mustapha, Papar) dan ketiga Nur Shamshilaw­ati Amran (SMK Balaban Jaya, Beluran).

Tiga penerima saguhati ialah Angelina Christy Devona (SM St Peter, Telipok), Mira Izzati Anuar (SMK Putatan) dan Muhd Danial Wazien Mohd Zaman (SMK Agaseh, Lahad Datu).

Ar-Rahman Nurani dari SMK Beluran muncul johan pertanding­an penyampaia­n syair, naib johan Mohd Sharul Nizam Jacklis (SMK Desa Wawasan, Tambunan) dan tempat ketiga Nurul Shafiqah Hariffin (SMK Agaseh, Lahad Datu).

 ??  ?? PENGERUSI Forum Terbaik, Nur Fatehah Ahmadfauzi (SMK Taman Tun Fuad) menerima hadiah disampaika­n Mohammad.
PENGERUSI Forum Terbaik, Nur Fatehah Ahmadfauzi (SMK Taman Tun Fuad) menerima hadiah disampaika­n Mohammad.
 ??  ?? PARA pemenang Pertanding­an Forum Remaja, Sahibba, Sajak dan Syair bergambar kenangan bersama para tetamu jemputan dan guru-guru pengiring.
PARA pemenang Pertanding­an Forum Remaja, Sahibba, Sajak dan Syair bergambar kenangan bersama para tetamu jemputan dan guru-guru pengiring.
 ??  ?? PEMENANG penyampaia­n syair, Ar-Rahman (kanan), Mohd Sharul Nizam (kiri) dan Nurul Shafiqah Hariffin (tengah).
PEMENANG penyampaia­n syair, Ar-Rahman (kanan), Mohd Sharul Nizam (kiri) dan Nurul Shafiqah Hariffin (tengah).
 ??  ?? MOHAMMMAD (tengah) diiringi Asmiah (empat kanan) menyampaik­an hadiah johan forum remaja kepada pasukan SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu.
MOHAMMMAD (tengah) diiringi Asmiah (empat kanan) menyampaik­an hadiah johan forum remaja kepada pasukan SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu.
 ??  ?? PESERTA SMK Datuk Pengiran Galpam Sandakan menerima hadiah naib johan forum remaja disampaika­n Mohammad (tengah).
PESERTA SMK Datuk Pengiran Galpam Sandakan menerima hadiah naib johan forum remaja disampaika­n Mohammad (tengah).
 ??  ?? ADIN Ahmad Wafi Yunos (SMK Kunak) menerima hadiah Ahli Forum Terbaik disampaika­n Mohammad.
ADIN Ahmad Wafi Yunos (SMK Kunak) menerima hadiah Ahli Forum Terbaik disampaika­n Mohammad.
 ??  ?? AR-RAHMAN Nurani (SMK Beluran) menerima hadiah johan penyampaia­n syair disampaika­n Mohammad sambil diirngi Asmiah (kanan).
AR-RAHMAN Nurani (SMK Beluran) menerima hadiah johan penyampaia­n syair disampaika­n Mohammad sambil diirngi Asmiah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia