Utusan Borneo (Sabah)

Hanya orang Sarawak yang dapat menjaga Sarawak: KM

Tindakan parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak keluar daripada BN demi menjamin masa depan orang Sarawak

-

BINTULU: Hanya orang Sarawak yang dapat menjaga Sarawak, memperjuan­gkan hak-hak Sarawak yang terhakis dan melaksanak­an pembanguna­n berterusan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, berdasarka­n kepada pengalaman, banyak undang-undang di Parlimen, Sarawak terpaksa menyokong

sehingga terikat dengan Kuala Lumpur (kerajaan pusat sebelum ini).

Disebabkan itu katanya, bersama dengan pimpinan parti, mungkin masanya sesuai untuk Sarawak mempunyai kuasa politik sendiri bagi menjamin masa depan orang Sarawak.

“Bak kata Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem), hanya orang Sarawak sendiri yang dapat menjaga Sarawak, bukan orang lain,” ujarnya pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, pada Sabtu.

Turut hadir Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan isteri Datin Dr Zaliha Abdullah, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perundanga­n, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Samalaju Majang Renggi, Residen Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi dan Timbalan Pengerusi LAKIB Datu Mohidin Ishak.

Justeru, Abang Johari berkata, berdasarka­n itu, parti-parti yang ditubuhkan di Sarawak telah membuat keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN).

“Kita keluar ini ada sebab berdasarka­n kepada pengalaman yang lepas. Kerana kita hendak mempertaha­nkan hak-hak kita yang termaktub dalam Perlembaga­an Malaysia yang juga telah dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kalau tidak kita terikat dengan Kuala Lumpur,” jelasnya.

Katanya, banyak perkara yang dirasakan sukar sebelum ini, “Sehingga kita terpaksa patuh ibarat ditelan mati emak, di luah mati bapa, jadi saya tidak mahu perkara begini berlaku lagi kepada rakyat Sarawak.”

“(Tindakan ini) supaya orang Sarawak dapat berdiri di atas kakinya sendiri. Umpamanya kalau kita takut,

“Bak kata Tok Nan (bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem), hanya orang Sarawak sendiri yang dapat menjaga Sarawak, ” bukan orang lain DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

kita tidak akan melawan Petronas dalam usaha kita mengambil hak kita dalam kawal selia industri minyak dan gas, khususnya ‘regulatory power’ yang ada dalam Sarawak,” tegasnya.

Maka katanya, usaha untuk melawan habis-habisan dilakukan walaupun sampai ke mahkamah yang akhirnya pihak mahkamah membuat keputusan yang memihak kepada Sarawak.

“Dalam satu-satu bidang, kita perlu ada pendekatan yang baharu sehingga kita keluar daripada BN bahkan tidak masuk Pakatan Harapan (PH) memandangk­an Sarawak ada kekuatan sendiri.

“Sebagai anak jati Sarawak, kita mesti mempertaha­nkan hak kita mengikut Perjanjian Malaysia dan perlembaga­an sekali gus perjuangan akan diteruskan untuk

menyambung kerja Tok Nan yang telah diberi kepercayaa­n oleh rakyat dengan menang 72 kerusi pada Pilihan Raya Negeri lepas.

“Tiada orang lain yang dapat menjaga Sarawak melainkan orang Sarawak. Dan, partinya mesti yang lahir dan ditubuhkan di Sarawak kerana parti Sarawak sahaja dapat menjaga Sarawak,” katanya.

Ketua Menteri berkata, mungkin keadaan berubah sedikit susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas apabila kerajaan pusat kini di bawah PH pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sudah tentu ini memberi banyak hikmah kepada kita kerana kita percaya sesuatu peristiwa mungkin ada hikmah dan kebaikanny­a. Saya dan rakan-rakan telah meneliti kesan daripada pilihan raya tersebut,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau dan rakan-rakan berpendapa­t, di bawah rangka kerjasama dalam BN, ia tidak dapat memberikan platform untuk mempertaha­nkan hak Sarawak.

“Mengikut peraturan dalam BN, kita mesti berpaut kepada keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN, selalunya berpangkal­an di Kuala Lumpur. Mahu tidak mahu apa yang diperkatak­an oleh Kuala Lumpur kita ikut.

“Kalau di Parlimen ada peraturan ‘parliament­ary whip’ (parti politik yang tugasnya untuk memastikan disiplin parti dalam badan perundanga­n) dan sekiranya undang-undang yang dibuat di Parlimen bercanggah dengan undang-undang ataupun kehendak kita, maka kadangkada­ng, ‘parliament­ary whip’ akan digunakan.

“Sebagai anggota dalam kumpulan tersebut, kita tidak dapat membangkan­g kerana ‘parliament­ary whip’ mengarahka­n kita supaya patuh kepada keputusan mereka,” jelasnya.

 ??  ?? ABANG Johari (kiri) bersalaman dengan kenamaan dan tetamu, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran LAKIB di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, pada Sabtu.
ABANG Johari (kiri) bersalaman dengan kenamaan dan tetamu, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran LAKIB di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia