Utusan Borneo (Sabah)

Gagal bayar jaminan, remaja mengamuk dihantar ke penjara

-

LIMBANG: Seorang remaja terpaksa meringkuk dalam penjara kerana gagal membayar wang jaminan sebanyak RM4,000 pada Jumaat.

Tertuduh, 18, dari Kampung Lubok Tuan mengaku bersalah di bawah Seksyen 427 dan 323 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim pada jam 10 pagi.

Mahkamah kemudianny­a menangguhk­an kes dan menetapkan 14 Ogos depan untuk pembentang­an laporan sosial.

Mahkamah turut membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM4,000 dengan dua penjamin terdiri daripada ahli keluarga.

Bagaimanap­un, tertuduh gagal bayar jaminan dan dihantar ke penjara Limbang sehingga tarikh perbicaraa­n semula.

Pada Sabtu lepas, ibu tertuduh mengalami luka didahi dan lebam bahagian mata selepas bertengkar dengan tertuduh yang mabuk.

Dalam kejadian itu, mangsa pada mulanya menegur suspek yang baharu balik ke rumah dalam keadaan mabuk kerana tiba-tiba menarik rambut cucunya berumur tiga tahun yang berada di dapur.

Suspek kemudian marah apabila ditegur, lalu mengamuk serta bertindak menendang meja makan dan merosakan barang-barang lain di dapur dan dalam rumah.

Mangsa cuba menghalang suspek tetapi telah ditumbuk sehingga berlaku pergelutan dan mangsa mengalami luka didahi dan lebam bahagian mata sebelah kanan, namun tidak pasti sama ada ditumbuk atau terjatuh dalam pertengkar­an itu.

 ??  ?? TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat.
TERTUDUH diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia