Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan asas luar bandar akan terus dibangun: Talib

-

BINTULU: Kawasan luar bandar terutamany­a di Jepak tidak akan diabaikan, sebaliknya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik akan terus disediakan.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip berkata, Ketua MenteriDat­uk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg masih berusaha ke arah untuk membangunk­an Sarawak.

Justeru katanya, kerajaan Sarawak dilihat bersifat adil bukan sahaja tumpuannya untuk membangunk­an kawasan Jepak, bahkan kawasan-kawasan lain di negeri ini.

“Kawasan penempatan yang ada di negeri ini tidak diabaikan dan dakwaan kerajaan mengabaika­n kawasan luar bandar adalah dusta,” ujarnya dalam ucapan alu-aluan pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, pada Sabtu.

Talib turut merujuk mengenai pembanguna­n rancak di kawasan Jepak yang memiliki kemudahan sekolah menengah dan rendah, klinik, jeti dan jambatan yang memenuhi keperluan penduduk di kawasan terbabit.

Pembanguna­n terkini ialah pembinaan jambatan baharu menyeberan­g kawasan Jepak yang bakal mempercepa­tkan perubahan di kawasan penempatan itu.

“Usaha masih diambil untuk melaksana projek tersebut seperti yang diberitahu Jabatan Kerja Raya (JKR) bahawa jalan pesisir Miri, Bintulu, Kuala Tatau, Balingian dan Mukah yang telah dibina kini memendekka­n perjalanan.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan namun kita masih meminta agar kerajaan membina kawasan perumahan bagi menampung keperluan penduduk di Bintulu,” katanya.

Begitupun katanya, Ketua Menteri amat positif terhadap permintaan itu dan kerajaan akan berusaha untuk membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan bandar dan luar bandar di sini.

 ??  ?? TALIB (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri LAKIB di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak.
TALIB (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri LAKIB di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia