Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan PH mahu rakyat Sarawak kuasai bahasa Inggeris

Penguasaan bahasa diguna pakai di seluruh dunia elemen penting dalam pasaran pekerjaan demi masa depan lebih cerah

-

MIRI: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu rakyat Sarawak khasnya pelajar menguasai bahasa Inggeris demi kelangsung­an masa depan lebih cerah.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang diguna pakai di seluruh dunia dan menjadi elemen penting dalam pasaran pekerjaan.

“Saya melihat ramai graduan atau lepasan sekolah sukar mendapat pekerjaan kerana gagal menguasai bahasa Inggeris semasa ditemu duga,” ujarnya pada Majlis Sambutan RIMUP Gawai Raya SMK Baru di sini, pada Sabtu.

Dr Teo berkata, jika pelajar menguasai bahasa Inggeris di peringkat sekolah atau pengajian tinggi, maka peluang mereka mendapat pekerjaan adalah lebih cerah.

Tambahnya, meletakkan keutamaan dalam penguasaan bahasa Inggeris bukan bererti meminggirk­an bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

“Saya secara peribadi melihat penguasaan bahasa Inggeris ini amatlah penting terutama ketika mahu mencari pekerjaan pada masa kini,” katanya.

Menurutnya lagi, kebanyakan graduan institusi pengajian tinggi di negara ini sukar mendapat pekerjaan disebabkan kurangnya penguasaan terhadap bahasa tersebut.

“Saya melihat kebanyakan penganggur di negara ini yang merupakan graduan universiti hanya dapat berkomunik­asi dalam bahasa Melayu.

“Ia adalah sesuatu yang amat menyedihka­n kerana kebanyakan syarikat memerlukan tenaga kerja yang mampu berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Miri Alias Ngah, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Baru Iskandar Abdul Rahman dan Guru Besar SMK Baru Jerrah Pandin.

Dr Teo juga berjanji akan mengumumka­n pemberian geran kepada SMK Baru sebaik sahaja mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat.

Rancangan Interaksi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) SMK Baru diadakan setiap tahun bagi meningkatk­an interaksi antara guru, ibu bapa dan pelajar.

 ??  ?? DR TEO memukul gong sebagai simbolik pelancaran Majlis Sambutan RIMUP Gawai Raya SMK Baru, Miri.
DR TEO memukul gong sebagai simbolik pelancaran Majlis Sambutan RIMUP Gawai Raya SMK Baru, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia