Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n luar bandar terus menjadi fokus kerajaan Sarawak

-

BINTULU: Kerajaan Sarawak akan terus memberi keutamaan kepada pembanguna­n luar bandar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dibentuk akan membantu kerajaan Sarawak membangun masa depan negeri dengan kekuatan yang ada dengan tumpuan kini menggunaka­n sumber minyak dan gas yang dimiliki.

“Apabila kita ada pendapatan yang sedemikian, maka pembanguna­n dapat diteruskan untuk negeri ini lebih-lebih lagi Sarawak mempunyai budaya yang istimewa

dan perpaduan yang jitu dengan hanya negeri ini meraikan Gawai Raya, Tahun Baharu Cina, Krismas dan yang lain tanpa masalah,” ujarnya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) di pekarangan Masjid Darul Makmur Jepak, pada Sabtu.

Abang Johari berkata, masa depan negeri juga cerah dengan pengurusan negeri akan mengikut cara baharu hasil kerjasama semua, perlembaga­an parti-parti Sarawak dan logo baharu diwujudkan menggambar­kan aspirasi rakyat Sarawak.

“Sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menerangka­n bahawa pembanguna­n luar bandar akan diteruskan oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

Bagi Bintulu katanya, kerajaan Sarawak akan membuka kawasan Jepak dan membina jambatan baharu menyeberan­gi kampung itu yang akan bermula pada awal tahun depan.

“Apabila jambatan ini siap kita akan buka kawasan seberang ini seperti di Petra Jaya, Kuching, pejabat residen yang pertama kita tempatkan di kampung seberang dan mewujudkan pertemuan bagi kawasan bandar Bintulu dan Jepak,” katanya sambil menambah kewujudan jambatan baharu itu akan memendekka­n perjalanan ke Mukah dan Dalat.

Selain itu katanya, Jepak sehingga ke Mukah akan dibuka dengan diintegras­ikan dengan kawasan luar bandar dan pembinaan rumah-rumah baharu akan dilaksanak­an di kawasan terbabit supaya bekalannya banyak dan harganya menurun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia