Utusan Borneo (Sabah)

Daripada perniagaan kecil, D’One Mart kini muncul peruncit 24 jam menguntung­kan

-

LABUAN: Bermula sebagai sebuah perniagaan kecil tempatan, D’One Mart kini berkembang dengan mempunyai pasar raya beli-belah 24 jam yang menguntung­kan di pulau bebas cukai ini.

Ia ditubuhkan pada 2005 dengan hanya satu lot di kawasan rumah kedai Lazenda serta memiliki 12 pekerja manakala pulangan tahunan sebanyak RM2 juta.

D’One Mart kemudian berkembang dengan menempatka­n perniagaan­ya di lapan lot rumah kedai dua tingkat dan mempunyai 78 pekerja selain meraih RM20 juta pulangan setakat tahun lepas sebelum sektor minyak dan gas di pulau itu mulai lembap.

Seperti juga pesaingnya, D’One Mart menganggap teknologi maklumat dan komunikasi sebagai kelebihan daya saing berbanding perbelanja­an, dan ia merupakan antara pasar raya tempatan terawal yang menggunaka­n aplikasi WhatsApp dan laman media sosial Facebook untuk mempromosi­kan tawarannya.

PengarahUr­usan, Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata selepas mengoperas­ikan D’One Mart selama 13 tahun sebagai pasar raya runcit 24 jam, pihaknya merancang untuk mengembang­kan perniagaan itu bersama rakan kongsi ke seluruh negara.

“Kami tidak menolak jika ada suntikan modal baharu daripada rakan kongsi untuk melihat D’One Mart berkembang ke bandar atau kampung lain di negara ini, berasaskan konsep perniagaan operasi 24 jam yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Rumah Terbuka Aidilfitri D’One Mart di sini, semalam.

Mohd Alias berkata D’One Mart menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk peralatan dapur Ikea dan Korea, perabot, pakaian, peralatan elektrik serta produk dekorasi kediaman dan perkakasan.

“Kami berusaha untuk mengoptimu­mkan operasi dan ruang perniagaan, memandangk­an kami telah mengubah suai sebahagian premis kami menjadi kafe,” katanya.

Mohd Alias yang juga Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Melayu Labuan berkata D’One Mart sentiasa memberi keutamaan kepada penduduk tempatan dalam menawarkan pekerjaan.

Beliau berkata operasi dan aktiviti perniagaan D’One Mart tidak terjejas dengan kemunculan kedai dan pasar raya baharu selain perubahan tingkah laku berbelanja.

“Kami mempunyai pelanggan setia yang memilih D’One Mart sebagai pasar raya beli-belah mereka, selain kami membina kesetiaan pelanggan menerusi program kesetiaan Kad Ceria selama ini, malah harga yang ditawarkan kami tidak jauh berbeza walaupun beroperasi 24 jam,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia