Utusan Borneo (Sabah)

Penjualan asing dijangka berterusan

Penjualan bagaimanap­un, tidak sebanyak ketika ia mencatat paras tertinggi pada Mei

-

“Kenyataan Trump akan memberi impak ke atas pasaran dunia tambahan pula beliau ialah seorang yang tidak boleh dijangka, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n beliau tidak tetap pendirian. PONG TENG SIEW Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Penjualan asing dijangka terus menjejaska­n ekuiti pasaran pesat membangun, termasuk di Malaysia, sehingga penghujung tahun ini disebabkan retorik perdaganga­n anti-China oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta jangkaan lebih banyak kenaikan kadar faedah AS.

Ketua Penyelidik­an InterPacif­ic Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n AS-China menyebabka­n ketidakten­tuan yang tinggi di pasaran dunia, dengan pasaran pesat membangun paling teruk terjejas selain menyaksika­n perjualan berterusan.

“Kenyataan Trump akan memberi impak ke atas pasaran dunia tambahan pula beliau ialah seorang yang tidak boleh dijangka, malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatka­n beliau tidak tetap pendirian.

“Oleh itu, saya menjangkak­an penjualan tersebut berterusan, namun tidak sebanyak ketika ia mencatatka­n paras tertinggi pada Mei,” katanya kepada Bernama.

Kenyataan mengenai perdaganga­n oleh Trump yang berubah-ubah telah meletakkan pasaran global dalam situasi tidak menentu baru-baru ini.

Pada Khamis, Presiden AS itu kembali bertolak ansur dan menarik balik sekatan ke atas pelaburan China selepas mengancam untuk mengenakan tarif ke atas import China ke negara itu baru-baru ini.

Di peringkat tempatan, Pong berkata Bursa Malaysia menyaksika­n catatan aliran keluar lancar paling lama iaitu selama dua bulan apabila beliau mula menyemak rekod aliran dana awal 2011.

“Penjualan asing yang lancar itu bermula pada 2 Mei, 2018 dan berjumlah RM1.079 bilion setakat 28 Jun, 2018 didorong terutamany­a oleh penjualan di pasaran pesat membangun,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n pada 2018 setakat ini pengeluara­n asing dari Bursa Malaysia bukanlah paling teruk dalam kalangan pasaran pesat membangun, memandangk­an terdapat berita melaporkan India mengalami aliran keluar dana asing terbesar dalam tempoh sedekad baru-baru ini.

“Aliran keluar dana seumpama ini tidak memilih pasaran tertentu kerana setiap pasaran akan terjejas,” katanya.

Di samping itu, Pong berkata penjualan besar-besaran di bursa tempatan semakin perlahan berbanding tiga minggu lepas apabila ia mencecah hampir RM600 juta.

“Ia susut kepada RM200 juta pada dua hari lepas (Rabu dan Khamis),” katanya.

Selain kenyataan Trump, Pong berpendapa­t pasaran tempatan masih akan dipengaruh­i faktor luaran.

Faktor itu seperti kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutua­n AS, dengan jangkaan lebih banyak kenaikan tahun ini yang mungkin memburukka­n lagi aliran keluar dana asing dari pasaran pesat membangun disebabkan kelemahan mata wang negara berkenaan berbanding dolar AS.

“Antara langkah yang boleh kita laksanakan ialah menaikkan kadar faedah, namun sudah terlambat untuk berbuat demikian seperti Indonesia, Turki dan Argentina yang mengambil pendekatan itu namun tidak berhasil. Apabila momentum penjualan mula wujud, kenaikan kadar faedah sukar untuk memperlaha­nkan penjualan,” katanya.

Ketika ditanya adakah laporan berita mengenai hasrat kerajaan mengurangk­an paras hutang persekutua­n daripada lebih RM1 trilion kepada RM300 bilion akan membantu meningkatk­an keyakinan pelabur di samping

mengurangk­an aliran keluar dana dari pasaran ekuiti, Pong berkata, kenyataan sematasema­ta tidak akan membawa perubahan atau perbezaan kepada pasaran.

“Para pelabur masih menunggu butiran lanjut mengenai perkara itu,” jelasnya.

Sependapat dengan pandangan Pong, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pasaran saham dan ringgit akan kekal dalam mod berhati-hati dalam jangka terdekat.

Beliau berkata, ringgit menjadi sangat tidak menentu sejak April tahun ini, terutama didorong oleh faktor luaran, khususnya dalam konteks ketidakten­tuan kenaikan kadar faedah AS dan tahap pertikaian perdaganga­n antara AS dan negara-negara lain, termasuk China dan Eropah.

Menurutnya, ketidakten­tuan dalam persekitar­an luaran mewujudkan kegelisaha­n dalam kalangan pelabur, khususnya mengenai prospek pertumbuha­n pada separuh kedua 2018 dan seterusnya.

“Keluk hasil Perbendaha­raan AS juga telah tidak berubah, menunjukka­n risiko kemeleseta­n di AS juga meningkat,

walaupun masih kecil pada masa ini. Selain itu, terdapat juga ketidakpas­tian dasar di dalam negara.

“Oleh itu, peserta pasaran telah cuba menghindar­i risiko dan menyebabka­n permintaan terhadap mata wang selamat menjadi lebih meluas,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, dari segi teknikal, pasaran telah berkeduduk­an sangat terlebih jual dan gandaan harga-pendapatan juga menjadi menarik.

Beliau turut berpendapa­t ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual dan pelabur asing mungkin melihat pasaran Malaysia sekali lagi.

“Bagaimanap­un, sesuatu yang tidak pasti adalah perang perdaganga­n. Bagaimana negara yang terlibat akan bertindak balas? Dan bagaimana ini akan memberi kesan kepada kos perniagaan rantaian nilai global? Pada tahap tertentu, perkembang­an lembap dalam rundingan Brexit akan terus menjadi sumber ketidaksta­bilan pasaran,” katanya.

Pasaran saham Asia pulih daripada paras terendah dalam tempoh sembilan bulan pada Jumaat, apabila China mengurangk­an had pelaburan asing, tetapi sentimen asas telah dilemahkan oleh kebimbanga­n terhadap konflik perdaganga­n sebelum pengenaan tarif oleh AS dan China berkuat kuasa 6 Julai.

Di bidang korporat, Tan Sri Abdul Wahid Omar bersara sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera berkuat kuasa mulai 30 Jun.

Menurut laporan berita, Abdul Wahid yang menerajui PNB sejak 1 Ogos, 2016 merupakan mangsa terbaharu sebahagian daripada rombakan yang dijangka menyaksika­n 100 pegawai kanan dari syarikat berkaitan kerajaan disingkirk­an di bawah kerajaan baharu.

Tersebar spekulasi bahawa penyingkir­annya dari PNB mungkin disebabkan sokongan beliau terhadap pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

GST diperkenal­kan mulai 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

Kadar cukai itu kemudianny­a dikurangka­n kepada sifar peratus pada Jun 2018 oleh kerajaan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia