Utusan Borneo (Sabah)

Unit DNeX meterai perjanjian bangunkan hab halal Bandar Naga di Filipina

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Dagang NeXchange Bhd (DNeX), Global Market eCommerce Sdn Bhd (GMeC), akan memulakan pembanguna­n hab halalnya di Bandar Naga, Filipina mengikut perjanjian tiga pihak yang ditandatan­gani kelmarin.

Janji niaga itu dimeterai di sini antara GMeC dan Bandar Naga serta Jabatan Pendidikan Bahagian Bandar Naga berkaitan pembanguna­n taman halal tersebut.

Pengerusi Eksekutif GMeC, Mohamed Hazli Mohamed Hussain berkata pihaknya akan mengkaji pembanguna­n kapasiti terlebih dahulu sebelum merangka pelan induk, sistem dan rangka kerja hab halal berkenaan.

“Kami akan mendapatka­n bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menubuhkan sebuah majlis, yang akan memantau perkembang­an di sana,” katanya kepada pemberita di luar majlis menandatan­gani perjanjian berkenaan di sini.

Pengarah GMeC, Datuk Seri Muhamad Khanafi mewakili syarikat menandatan­gani perjanjian tersebut manakala Bandar Naga diwakili Datuk Bandar John G. Bongat manakala Jabatan Pendidikan Bahagian Bandar Naga diwakili Dr William E. Gando.

Mengikut perjanjian itu, usaha yang akan disediakan GMeC termasuk ekosistem perdaganga­n dan import eksport halal, logistik dan rantaian bekalan halal, pasaran halal, tadbir urus halal serta pensijilan dan pematuhan.

Muhammad Khanafi berkata kerjasama itu akan menjadi aktiviti pertama GMec di Filipina dan apabila berjaya ia mungkin dikembangk­an ke bandar lain di republik tersebut.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX, Datuk Samsul Husin berkata berdasarka­n perjanjian itu, syarikat diberi peluang untuk melaksanak­an kesemua usaha bagi hab halal berkenaan.

“Kami akan berada di Filipina untuk memudahkan pembanguna­n industri halal di sana dan menyediaka­n infrastruk­tur perisian berkaitan halal.

“Ini termasuk latihan dan pemasaran halal bagi semua produk yang disahkan halal dalam lingkungan hab itu ke peringkat antarabang­sa.

“Amat diharapkan, ia boleh membantu melonjakka­n pelanconga­n Islam di sana dan kami berharap dapat menyaksika­n hasil positif dalam tempoh dua hingga tiga tahun,” katanya.

GMeC telah menandatan­gani dua Memorandum Persefaham­an dengan dua pihak itu untuk bersamasam­a membangunk­an taman halal pada Mac tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia