Utusan Borneo (Sabah)

PTKL diniaga lebih rendah minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan lebih rendah minggu ini antara AS$19,500 dan AS$20,000 satu tan metrik berikutan permintaan lembap terhadap logam tersebut, kata peniaga.

Beliau berkata, sentimen pasaran akan terus ditekan oleh ketegangan perdaganga­n yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan China, dengan pengumuman Presiden AS Donald Trump bahawa beliau akan menggunaka­n proses kajian semula keselamata­n negara untuk menghentik­an pengambila­lihan China ke atas syarikat teknologi Amerika yang sensitif.

“Selain itu, kami menjangka permintaan yang rendah minggu depan (minggu ini) kerana kerajaan Indonesia telah mengumumka­n bahawa ia akan meningkatk­an pengeluara­n timah, yang akan melemahkan lagi harga timah tempatan,” katanya kepada Bernama.

Selain perang perdaganga­n global, pemain pasaran juga akan memantau prestasi harga logam tersebut di Bursa Logam London (LME).

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga PTKL jatuh AS$820 kepada AS$19,700 satu tan metrik berikutan kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n global yang membendung permintaan terhadap logam berkenaan, manakala jumlah dagangan untuk minggu itu menurun kepada 178 tan daripada 225 tan metrik.

Harga timah di LME merosot AS$900 kepada AS$19,625 satu tan metrik.

Pembezaan harga antara PTKL dan LME untuk minggu baharu berakhir adalah pada premium AS$75 satu tan metrik daripada diskaun AS$55 satu tan metrik Jumaat sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia