Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka teruskan momentum meningkat

Reaksi terhadap kemungkina­n perang perdaganga­n global, reda

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengekalka­n momentum meningkat untuk diniagakan lebih tinggi minggu ini kepada paras 1,720 mata susulan peningkata­n semula pada Jumaat, kata peniaga.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pelaburan Hermana Capital Bhd, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata reaksi pasaran terhadap kemungkina­n perang perdaganga­n global telah reda dan keadaan itu dijangka memulihkan semula sentimen ke atas prospek pertumbuha­n dunia.

“Kami berharap perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China hanyalah retorik. Kesimpulan­nya, kami berpandang­an AS mungkin hanya mahu mendapat lebih kuasa dari segi dagangan dan ini pasti akan dihalang oleh China,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tindakan Presiden AS, Donald Trump adalah berorienta­sikan perniagaan.

Justeru itu, Nazri Khan berharap sentimen negatif yang berkuranga­n ke atas perang perdaganga­n terbabit akan menghentik­an aliran keluar dana asing sejak 10 hari dagangan lepas.

“Disokong harga minyak mentah lebih tinggi, kami berpendapa­t ia (sentimen negatif yang berkuranga­n) juga akan membantu meningkatk­an harga komoditi dan nilai ringgit berbanding dolar AS,” katanya.

Di peringkat tempatan, Nazri Khan berkata kadar inflasi dijangka susut pada separuh kedua 2018, kepada antara satu dan dua peratus, memandangk­an pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Beliau berkata SST dijangka ditetapkan pada kadar peratus lebih rendah berbanding GST, dan ini mungkin menambah baik perniagaan dan ringgit.

Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada pengumuman kabinet penuh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, yang akan mengangkat sumpah pada 2 Julai ini menurut kenyataan Istana Negara.

Bagi minggu yang baharu berakhir, bursa tempatan diniagakan kebanyakan­nya rendah seiring dengan bursa serantau, dipengaruh­i terutamany­a oleh kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n global dan penjualan dana asing.

Bagaimanap­un, penurunan itu terhenti pada Jumaat susulan aktiviti memperelok akaun pertengaha­n tahun.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 2.65 mata kepada 1,691.50 daripada 1,694.15 pada Jumaat minggu sebelumnya.

Indeks FBM Emas kurang 12.53 mata kepada 11,960.93 dan Indeks FBMT100 turun 0.71 mata kepada 11,757.93.

FBM 70 meningkat 65.26 mata kepada 14,627.06 dan Indeks FBM Emas Syariah bertambah 50.66 mata kepada 12,092.55.

FBM Ace susut 139.93 mata kepada 5,127.53.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 205.05 mata kepada 16,649.91, namun Indeks Perladanga­n naik 24.40 mata kepada 7,534.16 dan Indeks Perusahaan meningkat 8.56 mata kepada 3,127.53.

Jumlah dagangan mingguan susut kepada 9.70 bilion unit berniali RM10.52 bilion berbanding 10.19 bilion unit bernilai RM11.81 bilion pada Jumaat minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 5.90 bilion saham bernilai RM9.53 bilion daripada 6.22 bilion saham bernilai RM10.96 bilion minggu sebelumnya.

Waran mencatatka­n jumlah dagangan sebanyak 2.75 bilion unit bernilai RM814.09 juta berbanding 2.44 bilion unit bernilai RM590.20 juta minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 2.58 bilion saham bernilai RM178.25 juta daripada 1.51 bilion saham bernilai RM259.44 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia