Utusan Borneo (Sabah)

Perkahwina­n tidak sah

Melibatkan budak perempuan berumur 11 tahun

-

KUALA LUMPUR: Perkahwina­n budak perempuan berumur 11 tahun di Kelantan, yang tular di media sosial sejak Jumaat adalah tidak sah dari segi undang-undang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini kerana perkahwina­n tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanakkanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun.

“Perkahwina­n itu tidak sah dan mereka mesti dipisahkan ,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf 2018 anjuran Insaf Malaysia di Stadium Mini Setiawangs­a, pada Ahad.

Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangs­a Nik Nazmi Nik Ahmad dan Presiden Insaf Malaysia Ishak Abdul Kadir.

Di bawah Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuas­akan di semua negeri, usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwina­n hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujua­n ibu bapa mereka.

Kisah perkahwina­n budak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki 41 tahun itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak.

Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan mendapati perkahwina­n itu dijalankan di Golok, Thailand dan ibu bapa kanak-kanak itu juga merupakan warganegar­a Thailand.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata usaha pegawai kementeria­nnya untuk menjejaki individu 41 tahun itu gagal apabila individu tersebut telah melarikan diri dan tidak dapat dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata kes perkahwina­n tersebut perlu dilihat secara holistik sama ada terdapat unsur-unsur seperti pedofilia, eksploitas­i kanak-kanak dan pornografi kanak-kanak.

Jelas Dr Wan Azizah lagi, sudah tiba masa untuk menaikkan had umur perkahwina­n melibatkan kanak-kanak perempuan daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

“Ini kerana perkahwina­n tersebut tidak mendapat kelulusan daripada mahkamah untuk bapa kanak-kanak itu mewalikan anaknya dan menjadi isteri kepada orang yang lebih tua, selain kerana budak itu adalah di bawah umur iaitu 11 tahun. ” DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Timbalan Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? DR WAN AZIZAH (tengah) bergambar bersama anak-anak yatim pada Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf di Stadium Mini Setawangsa, pada Ahad.Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangs­a Nik Nazmi Nik Ahmad dan...
-Gambar Bernama DR WAN AZIZAH (tengah) bergambar bersama anak-anak yatim pada Majlis Jamuan Tertutup Eksklusif Sambutan Aidilfitri Bersama 2,000 Anak Yatim Asnaf di Stadium Mini Setawangsa, pada Ahad.Turut hadir Anggota Parlimen Setiawangs­a Nik Nazmi Nik Ahmad dan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia