Utusan Borneo (Sabah)

Pengambila­n pekerja asing: Kementeria­n Sumber Manusia perlu lebih berperanan

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Sumber Manusia harus diberi peranan lebih besar dalam pengambila­n pekerja asing bagi menentukan pengambila­n pada masa hadapan hanya mengikut keperluan.

Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A Balasubram­aniam berkata ini kerana kementeria­n itu berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menyediaka­n garis panduan dan prosedur yang akan menawarkan kejelasan dan ketelusan mengenai proses pengambila­n pekerja asing selain memastikan semua aktiviti pengambila­n pekerja adalah selaras dengan keperluan.

“Sungguhpun perolehan pekerja asing dikendalik­an oleh Kementeria­n Dalam Negeri, kerajaan harus memberi bidang kuasa kepada Kementeria­n Sumber Manusia dari segi pengeluara­n permit kepada pekerja asing,

Menerusi cara itu sebarang penyelewen­gan dan salah guna kuasa dapat dielakkan. Jabatan Buruh di bawah Kementeria­n Sumber Manusia mempunyai 72 pejabat di seluruh negara dan ia lebih menyedari tentang keperluan menggaji pekerja asing dalam tenaga kerja tertentu,” katanya kepada Bernama.

Balasubram­aniam berkata harus ada dasar yang jelas di mana semua pengambila­n pekerja asing pada masa hadapan hendaklah berdasarka­n kerajaan kepada kerajaan bagi menghapusk­an peranan orang tengah.

“Amalan pengambila­n yang bertanggun­gjawab hendaklah dengan tidak mengenakan yuran dalam mana-mana proses pengambila­n, samada oleh majikan, kontraktor atau ejen dari kedua-dua negara penerima dan negara penghantar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia