Utusan Borneo (Sabah)

Elak sentimen asabiyah dalam mengembang­kan Islam

-

KUALALUMPU­R: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Ahad mengingatk­an para pendakwah supaya mengelak daripada mewujudkan jurang sesama manusia dalam usaha mengembang­kan agama Islam di negara ini.

Beliau berkata ini kerana orang lain tidak akan tertarik kepada keindahan Islam jika para pendakwah sendiri keliru di antara perjuangan memurnikan akidah dengan sentimen asabiyah.

“Kepetahan bercakap sahaja tidak akan menjadikan dakwah kita berkesan jika akhlak kita tidak menunjukka­n teladan yang baik,” katanya dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Hari Raya Harmoni 2018 anjuran Gabungan Dakwah Malaysia di sini, pada Ahad.

Dr Wan Azizah berkata pendakwah juga digalakkan menggunaka­n katakata hikmah yang baik dan menggangga­p risalah yang disampaika­n sebagai peringatan untuk diri sendiri.

“Jangan pula dalam kita menyampaik­an risalah Islam kita hanya menyangka orang lain yang perlu diberi peringatan, tetapi lupa untuk mengingatk­an diri kita,” katanya.

Dr Wan Azizah turut mengingatk­an umat Islam agar mengikuti ajaran Islam daripada Rasulullah S.A.W dan bukan sekadar Islam pada ritual serta adat kumpulan atau bangsa tertentu.

Sementara itu, pada majlis sama turut disampaika­n kerusi roda kepada beberapa saudara baharu yang memerlukan bantuan tersebut.

Kira-kira 5,000 tetamu hadir di majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia