Utusan Borneo (Sabah)

Sepanyol terima kapal penyelamat NGO bawa 59 pendatang

-

MADRID: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sepanyol kelmarin berkata ia telah menyelamat­kan 59 pendatang ketika mereka cuba menyeberan­gi Laut Mediterran­ean dari Libya dan akan berlabuh di Sepanyol selepas Itali dan Malta menolak akses.

Berita itu diterima sehari selepas tiga bayi dijumpai mati dan 100 lagi hilang dalam satu kejadian kapal karam di perairan Libya yang menurut Proactiva Open Arms, pemilik bot penyelamat amal yang berada di kawasan kejadian, berpotensi dapat dielak.

Ia juga menyusuli satu perjanjian kontrovers­i yang dicapai oleh negara anggota Kesatuan Eropah (EU) untuk membendung ketibaan pendatang.

Perjanjian yang dicapai Jumaat lepas termasuk penubuhan pusat selamat untuk pendatang dalam blok tersebut, “platform pendaratan” di luar blok dan membahagik­an pelarian di kalangan negara anggota.

NGO Sepanyol itu berkata dalam Twitter bahawa 59 pendatang kini berada di atas kapal Open Arms mereka “menuju ke pelabuhan selamat”.

“Walaupun menghadapi halangan, kami terus melindungi hak orang halimunan untuk hidup. Cerita mereka mengenai apa yang mereka alami di Libya adalah menakutkan.”

Mengulas mengenai usaha menyelamat itu, Menteri Dalam Negeri Itali yang berpendiri­an keras Matteo Salvini berkata dalam Facebook: “Pelabuhan terdekat adalah Malta, organisasi dan bendera adalah milik Sepanyol: mereka boleh melupakan hasrat untuk datang ke pelabuhan di Itali.”

Menteri dalam negeri Malta menjawab dalam Twitter bahawa pendatang telah diselamatk­an antara Libya dan Lempedusa, Itali.

“Berhenti menyebar maklumat tidak betul dengan menuding jari kepada Malta tanpa sebarang sebab,” kata Michael Farrugia.

Akhirnya NGO itu berkata mereka telah diberikan kebenaran untuk berlabuh di Barcelona, dan menambah mereka akan tiba Rabu ini.

Kerajaan populis baharu di Itali dan Malta pada awal bulan ini enggan membenarka­n kapal penyelamat NGO dari Perancis, Aquarius, yang membawa 630 pendatang untuk berlabuh di negara mereka.

Tindakan itu mencetuska­n kemarahan antarabang­sa sebelum Sepanyol masuk campur untuk membantu.

Malta kemudian membenarka­n sebuah lagi bot penyelamat amal, Lifeline, untuk berlabuh bersama 230 pendatang.

Proactiva Open Arms turut menuduh pasukan pengawal pantai di kawasan kejadian mengganggu kerja mereka selepas negara seperti Itali mengambil pendirian keras terhadap ketibaan pendatang.

NGO itu berkata kejadian kapal karam pada Jumaat lepas berpotensi dapat dielakkan kerana panggilan bantuan rasmi dari pusat kawalan penyelamat di Itali hanya diterima sejam selepas Open Arms terdengar sebuah pesawat EU memberi amaran kepada pasukan pengawal pantai Libya bahawa sebuah bot pendatang sedang menghadapi masalah.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG pendatang dipapah anggota Guardia Civil Sepanyol dan ahli Palang Merah sejurus tiba di pelabuhan Algeciras, kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG pendatang dipapah anggota Guardia Civil Sepanyol dan ahli Palang Merah sejurus tiba di pelabuhan Algeciras, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia