Utusan Borneo (Sabah)

Perarakan anti-Ortega bermandi darah

Dua maut, 11 cedera ditembak gara-gara kekacauan berleluasa di Nicaragua

-

MANAGUA: Sekurangku­rangnya dua penunjuk perasaan ditembak mati dan 11 lagi cedera kelmarin, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia, ketika ribuan penunjuk perasaan berarak untuk membantah Presiden Nicaragua Daniel Ortega di seluruh negara.

Digelar Perarakan Bunga, protes itu memberi penghormat­an kepada kanak-kanak yang terbunuh dalam protes dan penindasan selama 2.5 bulan oleh tentera kerajaan yang sudah mengorbank­an sekurang-kurangnya 220 orang.

Ketua kumpulan hak asasi manusia CPDH Marcos Carmona berkata seorang penjaja jalanan berusia 23 tahun ditembak pada bahagian kepala apabila beberapa peserta perarakan melencong daripada laluan yang ditetapkan.

“Ini adalah sesuatu yang amat sukar sekali,” kata Luis Ortiz, bapa lelaki itu yang sudah tua dan pernah berjuang di sisi presiden itu beberapa dekad lalu ketika Ortega menjadi komander pemberonta­k Sandinista.

“Saya tidak pernah bayangkan bahawa anak saya akan mati dalam tangan seseorang yang pernah berjuang dengan begitu gigih bersama saya. Saya memberikan keringat dan darah saya. Saya juga seorang veteran yang cedera.

“Saya masih seorang Sandinista,” tambahnya, “tetapi tidak bersama Daniel”, yang merujuk kepada presiden.

Ia tidak jelas siapa yang menembak penunjuk perasaan di Managua ketika mereka menghampir­i hartanah milik Cohen Corporatio­n yang telah diduduki setinggan.

Lelaki bersenjata turut menembak perintang penunjuk perasaan di Universiti Autonomi Negara Nicaragua (UNAN), di mana Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH) berkata seorang lelaki di belakang perintang yang didirikan oleh pelajar telah terbunuh.

Di Leon, seorang ibu melihat anak lelakinya yang berusia 24 tahun di tembak dengan lapan biji peluru di sebuah perintang yang didirikan oleh penunjuk perasaan.

“Saya di sini kerana saya mahu melihat Nicaragua saya bebas, ia menyakitka­n hati bahawa budak seperti saya telah mati, tetapi kita mesti terus berjuang untuk menyingkir­kan diktator ini,” kata seorang pelajar berusia 15 tahun yang memakai sarung muka.

Dalam sebelah tangan, dia mengibarka­n bendera Nicaragua, dan dalam sebelah lagi tangan, dia membawa tiub mortar.

Di Leon di utara, dan Masaya di selatan, perarakan turut dianjurkan oleh Pakatan Sivik bagi Keadilan dan Demokrasi.

Penunjuk perasaan menuntut peletakan Ortega, seorang bekas gerila haluan kiri berusia 72 tahun yang memegang kuasa dengan pemberonta­k popular yang menewaskan diktator Anastasio Somoza pada 1979, dan kembali kepada kerajaan dalam pilihan raya pada 2007.

Mereka menuduhnya dan isterinya Naib Presiden Rosario Murillo mengamalka­n nepotisme, pemerintah­an kuku besi dan penindasan kejam.

“Saya selalu berarak, dan pada hari ini lebih daripada untuk mereka yang terkorban, untuk kanak-kanak, saya bersedih kerana pembunuhan di tangan Ortega dan Rosario. Saya menentang Somoza pada 1979 dan sekarang menentang pemerintah­an kuku besi baharu,” kata Cecila Cruz, 67.

Perarakan, yang disokong oleh kesatuan perniagaan yang berpengaru­h — dahulu sekutu Ortega, digantung seminggu lalu kerana tindakan ganas oleh polis rusuhan dan pasukan separa tentera di beberapa kawasan di negara itu.

Pakatan Sivik menangguhk­an demonstras­i untuk mengambil kesempatan ke atas lawatan pakar dari Pejabat Pesuruhjay­a Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Antara Amerika.

Kedua-dua pegawai PBB datang ke negara itu ketika penindasan semakin buruk, dan sudah berjumpa dengan wakil delegasi dari kerajaan dan Pakatan, selain dengan mangsa keganasan.

Menerusi perantaraa­n Gereja Katolik, kerajaan dan Pakatan menyambung rundingan Isnin lepas.

Namun ia tertangguh kerana Ortega, yang akan menamatkan penggal ketiga berturut-turut pada Januari 2022, enggan menimbang cadangan untuk mengadakan pilihan raya pada Mac 2019 dan bukan 2021.

Sementara itu satu kenyataan kedutaan Amerika Syarikat menasihatk­an rakyat Amerika untuk tidak bergerak sehingga notis selanjutny­a diberikan di tengah-tengah demonstras­i yang kadangkada­ng ganas.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG penunjuk perasaan antikeraja­an dibantu rakan-rakan yang lain setelah mengalami kecederaan semasa menyertai Marcha de las Flores di Managua, kelmarin.
— Gambar AFP SEORANG penunjuk perasaan antikeraja­an dibantu rakan-rakan yang lain setelah mengalami kecederaan semasa menyertai Marcha de las Flores di Managua, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia