Utusan Borneo (Sabah)

Demonstras­i ‘rai’ ulang tahun ke-70 NHS

-

LONDON: Ribuan manusia tidak mempedulik­an cuaca panas kelmarin untuk berarak di London bagi meraikan dan berdemonst­rasi berhubung Khidmat Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain menjelang ulang tahunnya yang ke-70 pada minggu depan.

Penunjuk perasaan berhimpun dari tengah hari dalam daerah West End di ibu negara sebelum mereka berjalan ke Westminste­r, nadi politik negara, untuk menuntut pelaburan tambahan dalam penjagaan kesihatan awam dan keadaan kerja yang lebih baik untuk kakitangan.

Di bawah matahari yang terik, sambil membawa sepanduk dan plakad yang menyebut ‘kesihatan di atas kekayaan’ dan ‘NHS SOS’, mereka turut mengecam penswastaa­n beberapa jabatan di bawah kerajaan Konservati­f pimpinan Perdana Menteri Theresa May.

Ketika suhu hampir mencecah 28 darjah Celsius dan peserta, kebanyakan­nya memakai baju perubatan, melintasi Downing Street, ejekan hingar bergema.

Lagu selamat hari jadi yang diabadikan kepada NHS kedengaran di tempat lain.

Perarakan itu, yang diselaras oleh pelbagai kumpulan termasuk kesatuan sekerja, diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-70 penubuhan NHS pada 5 Julai.

Seorang aktivis Parti Buruh, Valerie Bossman-Quarshie, berkata dia mahu memberi “sorakan yang amat bagus” kepada NHS ketika dia mengangkat kad hari jadi bagi kakitangan untuk ditandatan­gani penunjuk perasaan yang lalu di sana.

“Mereka sakit buat masa sekarang, sumber mereka sudah dihabiskan, jadi saya mahu berada di sana demi mereka, perkara kecil yang saya dapat lakukan,” katanya.

NHS merupakan sebuah institusi yang amat dihargai di Britain tetapi diselubung­i krisis pembiayaan sejak sekian lama, diburukkan lagi dasar berjimat cermat hampir selama sedekad oleh kerajaan.

Sumbernya dijangka akan terus berkuranga­n apabila populasi di negara itu terus menua.

May berjanji untuk menyuntik kira-kira 20 bilion pound (RM110 bilion) setahun ke dalam jabatan itu sehingga 2023-2024.

Ini merupakan satu peningkata­n bajet sebanyak 3.4 peratus pada purata setahun, dalam terma sebenar, tetapi dalam tanda bagi keseriusan krisis, ia telah dikritik sebagai tidak memadai.

“Dalam nama kesamarata­an, dalam nama keadilan, bayar keperluan penjagaan sosial yang perlu supaya rakyat dapat hidup dengan bermaruah,” kata ketua pembangkan­g Buruh Jeremy Corbyn di rapat umum berkenaan.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia